Tuesday, March 29, 2011

Ikan Bilis Goreng Bawang




Ikan Bilis Goreng Bawang
Bahan :-
Segenggam ikan bilis - digoreng garing (msti smpi garing yerr!!!)
1 labu bawang besar - hiris bulat2 (kalau ltk bwg byk lg sedap)
6 biji cili padi (nak pedas bleh tmbh lagi) - racik halus
Sebiji kentang - hiris nipis & goreng garing

Cara :-
1- Tumis Bawang besar hingga layu.
2- Masukkan bilis goreng, kentang goreng & cli padi.
3- Perisakan dgn sedikit garam (sedikit saja sbb ikan bilis dah masin)
4- Gaul hingga sebati & siap utk dihidang
5- Sedap dimakan dgn nasi panas2

Marble Cheese brownies




MARBLE CHEESE BROWNIES.

Bahan Choc. Cake
250gm Butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur - gred B
1½ cwn gula kator
½ cwn susu cair
1½ cwn tepung gandum
1 sdt Baking powder
1 sdt Soda bikabonat
1 sdt esen vanilla

Lapisan Cheese
250gm Cream Cheese
1 cwn gula kastor
1 biji telur - gred B

Cara :-
1- Cairkan butter - masukkan serbuk koko & kacau rata.
2- Dalam mangkuk lain, pukul telur & gula (guna wisk saja) smpi sebati.
3- Kemudian campurkan dgn bancuhan butter td...kacau smpi sebati.
4- Masukkan susu cair > kacau lagi...
5- Masukkan tepung, BP & SB (kalo rajin ayak dulu) - kacau sehingga sebati & masukkan esen vanila.
6- Panaskan oven
7- Alas loyang saiz 10 X 10 X 1inci dgn griss paper (biarkan terjuntai sedikit)
8- Masukkan bancuha coklat ke dlm loyang...tinggalkan 2-3sdb & masukkan kedlm plastic..(utk buat corak marble)
9- Bakar selama 20min - guna api atas bawah

Sementara tggu bahan choc. masak sedikit, kita sediakan bahan cheese..
> Pukul cream cheese sehingga gebu.
> Masuukan gula > pukul lg hingga sebati.
> Masukkan telur > pukul lagi hingga sebati

**Selepas 20min..keluarkan bahan choc yg separuh masak tadi...tuangkan bahan cheese..ratakan keseluruh atas kek...
**Paipkan baki chocolate atas cheese, & lorekkan ikut suka..
**Bakar lg selama 15min atau sehingga cheese masak...(guna api atas sahaja)
**Siap...

Pau Daging gebu




Pau Daging Gebu
(Versi x yah guna penimbang)

Bahan pau :-
*500gm tepung pau (tepung gandum pun boleh)
*1 sdt Double action baking powder
*6 sdb gula kastor
*1 sdt garam

1 peket yis segera
1/2 cwn air suam

1 1/2 cwn air suam
2sdb shortening.

>>Gaulkan semua bahan bertanda **
>>Dlm bekas besar yg lain, bancuh yis dgn 1/2 cwn air suam...tggu sehingga berbuih.
>>Masukkan Bahan * ke dlm bancuha yis...
>>Dgn hujung jari, putar tepung...& masukkan air...uli sehingga sebati..
>>Masukkan shortening & uli sehingga adunan licin & tidak melekat pada bekas. (anda akan dpt doh yg lembut spt doh roti canai)
>>Tutup doh dgn plastic sling & tggu sehingga naik dua kali ganda..
>>Tumbuk2 adunan & bulatkan kecil2...masukkan inti
>>Panaskan kukusan terlebih dahulu.
>>Kukus selama 10min menggunakan api yg kuat

Bahan inti
250gm daging kisar / daging potong kecil2
2 biji kentang (potong dadu)
1 labu bwg besar (cincang)
1 ulas bwg putih (cincang)
3sdb serbuk kari
Garam / Gula / Serbuk perasa
Air.

>>Tumis bawang sehingga wangi
>>MAsukkan rempah kari...tumis sehingga naik myk.
>>Masukkan daging & kentang...gaul rata.
>>Masukkan air...& masak hingga kedua bahan empuk.
>>Perisakn dgn garam, gula & perasa.
>>Masak hingga air kering.

Ayam Black Pepper dgn Asparagus




Ayam Black Pepper dgn Asparagus
1/2 ekor ayam - ptong kecil & basuh bersih
Secekak asparagus (potong ikut suka
3 Ulas bawang putih (ketuk kasik penyet)
1 inci halia muda (hiris halus)
2 sdb sos tiram
1 sdb lada hitam (tumbuk)
Sedikit tepung jagung (bancuh ngan sedikit air)
1 sdt minyak bijan
Garam secukup rasa
Minyak utk menumis

Cara :-
>>Panaskan minyak & tumis bawang putih & halia. (tumis sehingga wangi)
>>Masukkan ayam & sedikit air...masukkan lada hitam...tggu sehingga ayam masak.
>>Masukkan asparagus...masak hingga asparagus layu sedikit.
>>Masukkan lada hitam..kacau rata.
>>Masukkan sos...> & bancuhan tepung jagung.
>>Garam seckup rasa.
>>Dan percikkan minyak bijan ...kacau rata...siap...

Kari Kepala Ikan



Kari Kepala Ikan
1 Kepala ikan merah (belah 2)
(Basuh dgn asam limau utk hilangkan hanyir)

Bahan tumis:-
1/2 sdt halba
1/2 sdt jintan putih
(tumbuk halus)

1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
(Hiris halus)
2 btg serai (ketuk)
Minyak untuk menumis

3 sdn makan Rempah Kari Ikan
Santan pekat dari sebiji kelapa
Kacang Bendi
2 biji tomato

Garam / Gula / Serbuk perasa

Cara :-
1- Panaskan myk & tumis halba & juntan smpi naik bau > Masukkan bawang & halia..tumis hingga kekuningan.
2- Masukkan rempah kari yg telah di bancuh dgn sedikit air td...tumis hingga naik myk.
3- Masukkan kepala ikan & sedikit air...gaul rata.
4- Masukkan bendi...
5- Bila bendi dah sedikit empuk, masukkan santan pekat...kacau rata.
6- Periskan dgn garam, gula & serbuk perasa.
7- Tggu sehingga masak...siap...

Udang lemak Cili Padi




Udang Lomak Cili Padi..
Bahan:-
1/2 kg udang basah
Segenggam Cili Padi @ cabai burung (tp teman x berani nak letak...teman guna 5biji jerk..heheh)
1 inci kunyit idup
3 btg serai
1 pc Asam keping
Santan Pekat
Garam / gula secukup rasa

>> Kasik tumbuk semua bahan kat atas,
>> Masukkan udang & bahan tumbuk..jerang atas api smpi air udang kering.
>> Masukkan santan...biar mendidih..perisakan dgn garam & gula...
>>Siap...

Donat kentang cakcibur




DONUT KENTANG CAKCIBUR (C&P dr MamaFami..thanks ma....)

Bahan-bahan :

1 biji kentang saiz sederhana
5 g yis kering
1/3 cawan minyak masak
1/3 cawan air suam
1/4 tin susu pekat
1 sudu besar gula
1 sudu teh garam
500g tepung gandum

Kaedah penyediaan :

1. Rebus kentang dan kemudian kisarkan dengan 1 cawan air suam.
2. Satukan yis, gula, air suam, minyak masak, susu, garam dan kentang kisar.
3. Masukkan sedikit tepung dan kacau dengan hujung jari.
4. Masukkan baki tepung, sedikit demi sedikit hingga mendapat doh yang lembut. (Nota : Lebih lembut doh, lebih lembut donatnya)
5. Ambil sedikit doh dan bulat-bulatkan. Susun di dalam dulang dan biarkan naik dua kali saiz asal.
6. Panaskan minyak. Buatkan lubang di tengah bebola tadi dan goreng hingga kuning keemasan.
7. Salut dengan gula kastor dan sedia dihidangkan.

Mrble Cheese Cake



Marble Cheese Cake
Bahan A
250gm cream cheese (suhu bilik)
50gm gula kastor
3 biji kuning telur
2 sdb tepung jagung
1 sdt esen limau / sunquick pun boleh

Bahan B
3 biji putih telur
50 gm gula castor
1 sdt cream of tar tar

Sedikit Coklat masakan (double boil kan tp teman guna chocolate syrap)

Cara :-
- Mixer cream cheese sehingga gebu, masukkan gula..mix lg hingga sebati.
- Sambil mengadun tu, masukkan kuning tlur sebiji demi sebiji..dan trus masukkan tepung jagung & esen oren.

- Pukul bahan2 A sehingga kembang & kental (soft peak yer..) tuang x tumpah.
- Griskan loyang 9"
- Masukkan separuh adunan putih telur kedlm adunan cheese, gaul rata perlahan2...kemudian masukkan baki adunan putih telur & gaul rata..jgn gaul kasar2 yer...kita wat lemah lembut ala2 Fasha Sandha..muahahaha..
- Masukkan kedalam loyang, dah curahkan coklat masakan yg telah dicairkan td...lorekkan ikut suka hati masing2.
- Bakar menggunakan kaedah brain marie selama 40 minit dgn suhu mengikut oven masing2.
- Dalam 10min terakhir tu, kalo tgk bahagian atas kek dah bertukar perang, tutup loyang dgn tudung periuk (tp teman guna jer A4 paper 3 lapis)
tp kek teman tu terlalu perang pada top cake tu sbb terkhayal masa bako dek ralit tgk CSI...
- Setelah kek masak, biarkan kek didlm oven sehingga sejuk..buka pintu oven tu yer..
- Dah sejuk, br keluarkan dr loyang..masukkan lam fridge selama 2-3 jam sebelum menghidang..

** Boleh la dihidang bersama aiskrim or whipcream..tp anak2 teman curah lg ngan coklat...

Banana Crumb Muffins





Banana Crumb Muffins
http://allrecipes. com/Recipe/ Banana-Crumb- Muffins/Detail. aspx

INGREDIENTS (Nutrition)
1 1/2 cups all-purpose flour
1 teaspoon baking soda
1 teaspoon baking powder
1/2 teaspoon salt
3 bananas, mashed
3/4 cup white sugar
1 egg, lightly beaten
1/3 cup butter, melted
1/3 cup packed brown sugar
2 tablespoons all-purpose flour
1/8 teaspoon ground cinnamon
1 tablespoon butter


DIRECTIONS
Preheat oven to 375 degrees F (190 degrees C). Lightly grease 10 muffin cups, or line with muffin papers.
In a large bowl, mix together 1 1/2 cups flour, baking soda, baking powder and salt. In another bowl, beat together bananas, sugar, egg and melted butter. Stir the banana mixture into the flour mixture just until moistened. Spoon batter into prepared muffin cups.
In a small bowl, mix together brown sugar, 2 tablespoons flour and cinnamon. Cut in 1 tablespoon butter until mixture resembles coarse cornmeal. Sprinkle topping over muffins.
Bake in preheated oven for 18 to 20 minutes, until a toothpick inserted into center of a muffin comes out clean.

Pizza daging




Untuk Doh Pizza, akk guna resipi roti naik..

ROTI NAIK (teman buat 1/2 adunan jer & menghasilkan 2 biji sebesor pinggan tu)

400gm tepung roti
100gm tepung superfine
290gm air
40gm tepung susu
180gm soft brown sugar
100gm margerine/butter
11gm yeast
yellow color
1tsp vanilla

Semua masukkan dalam BM. Jika tiada BM, boleh uli menggunakan tangan.
Tunggu hingga kembang, tumbuk2 kasik keluar angin, bahagi dua, buat bulat2 & gelek kasik leper.

Untuk topping sempoi
Bahan A
1 bungkus daging hancur Ramly Burger
1 labu bawang besar
2 sdb besar serbuk kari
2 sdb sos cili
sayur campur
Minyak untuk menumis

Bahan B
250gm keju mozarella parut
3 biji hotdog (rebus & hiris nipis)
Mayonese
Sedikit Mixed herb (sbb teman x der oregano)
Sos tomato

>> Panaskan minyak, tumis bawang hingga layu.
>> Masukkan rempah kari, tumis hingga naik minyak.
>> Masukkan daging..kacau hingga masak.
>> Masukkan sayur campur & sos cili
>> Perisakan dgn garam secukup rasa..kacau hingga masak.
>> Masukkan kan daging yg telah masak td dlm penapis (teman guna tapis santan) sbb nak kuarkan myk2 yg tidak diperlukan..

Kuih Lapis Selangor



Kuih Lapis Selangor

Bahan
2 cawan santan
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir
2 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung ubi
1 sudu teh garam
Pewarna merah & kuning

Cara:
1) Gaulkan semua bahan sehingga sebati (kecuali pewarna) dan tapiskan. Bahagi kepada dua bahagian.
2) Satu bahagian warnakan kuning, dan sebahagian lg warnakan merah
3) Panaskan kukusan.
4) Tuang sesenduk lapisan kuning kedlm loyang, & kukus selama 5 minit.
5) Tuangkan pula sesenduk adunan berwarna merah..
6) Ulang sehingga semua adunan habis..& kukus lg selama 30 min.
7) Sejukkan, & boleh lah dipotong mengikut kesukaan masing2..

Kerabu Ikan



Kerabu Ikan
Bahan
1 ikat daun selom (potong halus)
1 ikat kacang botor (bleh tuko ngan kacang panjang)
1 labu bawang besar
2 batang serai
5 biji cili padi (bleh tmbah kalo nak lg pedas)
2 biji cili merah (yg ni buat lawo2 jer)
3 ekor ikan rebus (goreng & tumbuh lumat)

Cara :-
1- Semua bahan di atas dihiris halus & gaul kasik mesra al BOB AF..
2- Masukkan ikan rebus yg telah di tumbuk halus
3- Perisakan dgn sedikit serbuk perasa..
**tidak perlu letak garam sbb ikan rebus tu mmg dah ckup masin...
**Diratah begitu saja pun..sungguh enak sehingga mengalir ayo mate

Rendang Pedas Ayam




Rendang Pedas Ayam
1/2 ekor ayam - Cuci & toskan)

Segenggam cili kering (kalo nak lg pedas, bleh tmbh cili padi)
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
4 batang serai
2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
(Bahan2 di atas, blend sehingga lumat)

Santan dr sebiji kelapa (teman guna santan kotak - 1 kotak jerr)
Minyak untuk menumis
Garam / gula / serbuk perasa.
2 helai daun kunyit - dimayang.

Cara :-
1- Panaskan minyak & tumis bahan kisar sehingga keluar minyak.
2- Masukkan ayam, gaul rata.
3- Masukkan santan, kacau rata...masak sehingga kuah pekat & keluar minyak.
4- Perisakan dgn garam, gula & serbuk perasa.
5- Masukkan hirisan daun kunyit., gaul rata.
6- Dah masak, bleh la dihidang...

Friday, March 25, 2011

Kailan Ikan Masin



Kailan Ikan Masin
Kailan 3 ringgit (2 ikat daaa..) - potong2 & bersihkan)
1 Labu bawang besar - Hiris nipis
5 biji cili padi - ketuk jer
2 ulas bawang putih - ketuk kasik pecah2 jerr
3 hiris ikan tenggiri jeruk
Minyak utk menumis

- Panaskan minyak & tumis bawang cili hingga garing.
- Masukkan ikan masin - siat2kan dlm kuali tu..
- Masukkan kailan & sedikit air.
- Rasa dulu br tambah garam sbb ikan jeruk tu dah masin...
- Siap & hidangkan...

Siakap Goreng Tomyam



Ikan Siakap Goreng Tomyam
1 ekor ikan siap sederhana besar (siang dan bersihkan - kelar2 sket)
1 biji telur
2 sdb tepung jagung

*6 biji cili padi
*1 biji cili merah
*1 labu bawang besar
*2 ulas bawang putih

3 batang serai (ketuk)
2 helai daun limau purut
2 biji tomato (buang biji & potong dadu)
1 paket pes tomyam
Minyak utk menggoreng & menumis.

1- Panaskan myk dan lumur ikan dgn telur, kemudian tabur tepung jagung..salut hingga rata.
2- Goreng ikan (goreng terendam yer) hingga garing. - ketepikan
3- Tumbuk semua bahan bertanda * (teman tumbuk kasar2 jer..)
4- Panaskan sedikit myk, tumis bahan yg ditumbuk td, sehingga wangi.
5- Masukkan serai & daun limau.
6- Masukkan pes tomyam & kacau rata.
7- Masukkan hirisan tomato
8- Perisakan dgn garam & serbuk perasa.
9- Curah atas ikan yg digoreng td...
10- Hidangkan...beshhhhhhh!!!

Apam Mekar




Apam mekar
by rositamz @myresipi
Bahan-bahan ( Dalam 50 biji papercup kecik )
250 gm gula (kurangkan kalau tak nak manis sangat)
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
200 ml susu segar
300 gm tepung gandum
1 sudu kecil ovallate
Pewarna (ikut suka)
Acuan kertas (paper cup) secukupnya

Cara-cara
Panaskan kukusan. Sebaik-baiknya, bungkus penutupnya untuk mengelakkan air dari jatuh ke atas bahan kukusan nanti.

Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu.

Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.

Masukkan ovallate dan pukul lagi.

Masukkan tepung dan susu berselang-seli sambil dipukul sehingga gebu.

Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (ikut pewarna yang diinginkan, jika nak guna 3 warna then bahagikan kpd 3 bahagian).

Masukkan pewarna dalam setiap bahagian dan kaupbalikkan hingga warna sekata.

Masukkan setiap bahagian warna kedalam piping bag yang berasingan(atau plastik bersih dan potong sikit bucunya).

Letakkan paper cup ke dalam acuan apam dan picitkan setiap bahagian warna ke dalam paper cup tersebut.

Kukus selama 10 - 15 minit (bergantung kepada saiz paper cup).

Donat Skyblue





Donat SkyBlue @ MyResipi

Bahan-bahan ( 18 biji - saiz besar )
3 1/2 sudu kecil yis segera (instant dry yeast) - teman guna 1 peket..
1/4 cawan air suam
1 1/2 cawan susu segar, pada suhu bilik ATAU dipanaskan sedikit
1/2 cawan gula halus
1 sudu kecil garam
2 biji telur
1/3 cawan shortening/butter
5 cawan tepung gandum
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara
>Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl), biar 5 minit atau sehingga berbuih.
>Masukkan susu, gula, garam, telur, shortening/butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati. >Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan.
>Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda. Bagi yg ada breadmaker, boleh sediakan doh dlm bread maker macam buat roti.
>Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Potong 'donut' dengan donut cutter. Bagi yg takde dunut cutter (macam sy), bahagikan doh kepada 18 bahagian yg seimbang. Bulatkan doh, buat lobang ditengah-tengah degan jari.
>Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda.
>Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan. Jangan guna api besar, nanti doh kat dalam tak masak.
>Toskan minyak. Salut degan icing semasa donut itu masih panas

Potato Wedges & Thousand Island Sos




Potato Wedges

Bahan :-
4 biji kentang (ptong 4 & rebus separuh empuk)
1 biji telur
3 sdb tepung goreng berempah
Sedikit air
Minyak utk menggoreng

>> Tepung & telur dibancuh sehingga menjadi batter yang agak cair.
>> Panaskan minyak
>> Celup kentang pada bancuhan tepung & goreng hingga kekuningan.
>> Tos & hidangkan dgn sos kesukaan

Sos Thousand Island
2 sdb Sos Cili
2 Sdb Mayonese
88 Gaul keduanya hingga sebati...siap..

Nasi Minyak



Nasi minyak
(4 orang makan)
3 cawan beras (lg sedap kalo beras brasmathi)
1 labu bawang besar - Tumbuk halus
1 inci halia - Tumbuk halus
2 helai daun pandan
1 btg kayu manis
1 biji bunga lawang
2 sdb minyak sapi
3½ cawan air
1 cawan susu cair
1 kiub pati ayam
Beberapa titik pewarna kuning

Untuk hiasan
Daun sup
Bawang goreng

>>Basuh beras & toskan (kalo guna brasmathi, elok rendam dulu 1 jam sblm masak utk dpatkan nasi yg lebih panjang)
>>Panaskan minyak sapi, masukkan kayu manis & bunga lawang.
>>Masukkan bawang & halia yg telah ditumbuk halus (jgn x percaya teman guna lesung batu u...)
>>Masukkan daun pandan, tumis lg hingga wangi..
>>Masukkan air & susu cair...
>>Masukkan kiub ayam, kacau rata..(jgn sampai mendidih)
>>Masukkan beras dlm rice cooker.
>>Masukkan air tumisan tadi..
>>Masak ler seperti biasa....
>>Bila air nasi dah kering (hampir masak), percikkan beberapa titik pewarna kuning...tutup semula periuk sehingga nasi masak.
>>Bila nasi masak, gaul rata supaya bewarna kuning nmpk sekata..
>>Tabur dgn daun sup & bwg goreng..

Ayam Masak Merah




Ayam masak merah
½ ekor ayam bersihkan & tos, gaul dgn garam + kunyit - goreng sebentar.

Bahan untuk dikisar:
10 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 btng serai
1 inci lengkuas

2 sdb tomato puree
2 sdb Sos cili
½ cawan susu cair

1 labu bawang besar,,potong gelang
minyak masak
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa

Cara:
1. Pijarkan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang sudah dikisar hingga garing.
2- Masukkan tomato puree & sos cili, kacau sebati.
3- Masukkan susu cair, kacau lagi.
4. Setelah itu masukkan ayam, bawang besar, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
5. Gaulkan hingga sebati dan rata.
6. Apabila telah kering bolehlah diangkat.

Rainbow Pudding




Rainbow Pudding

Ambik resipi dr MyResipi...by Alma
Bahan-bahan ( 5-6 orang )
10g serbuk agar2 (teman guna agar2 tali)
650ml air
200gm gula pasir (kalau nk kurang manis wat dlm 180gm pun ok)
60gm mentega
1 biji telur
½ tin susu cair
1 sudu makan tepung custard
1 sudu makan serbuk koko (teman tukor kaler ijau, so x bubuh serbuk koko nih)
1/2 sudu teh vanilla
pewarna merah dan kuning secukupnya (kalau nak warna2 lain pun boleh)

Cara-cara
- Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan .
- Pukul telur sebentar menggunakan whisker kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis
- Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih kemudian masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata. Then pastu tutup api.
- Bahagikan adunan kpd 3 mangkuk (sama byk). Then bubuh koko (campurkan sedikit air dulu) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata , adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing2 leh letak kuning dan merah.
- Sengetkan loyang/pe2 bekas puding sedikit (yg Alma gunakan bekas square 7x7in) - i.e. biar satu hujung tu tinggi (lapik/alaskan dgn pe2 utk tinggikan).
- Mula2 tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang/bekas (dihujung yg paling rendah tu ler), kemudian satu senduk makan adunan warna kuning dan las skali satu senduk adunan warna coklat. Ulang buat cam ni sampai semua adunan habis.
- Bila dah siap, letakkan semula loyang/bekas ke kedudukan asalnya. Then, masukkan ke dalam peti sejuk

Banana Chiffon Cake




BANANA CHIFFON CAKE

Bahan A
7 biji putih telur
3 oz gula halus
1 sudu teh cream of tartar

Bahan B
7 biji Kuning telur
4 oz gula halus
3 oz minyak masak
3 oz Air
7 oz tepung naik sendiri (tepung gandum diayak dgn 1 sdt baking powder)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
2 sudu besar tepung susu
2 bijik pisang yg BESAR ~

Caranya:
1) Pukul bahan A sampai bertanduk/ mengeras. Ketepikan.
2) Pukul semua bahan B kecuali tepung naik sendiri.
3) Selepas semua sebati masukkan tepung sikit demi sikit dan pukul lagi.
4) Masukkan kedalam adunan A sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan guna spatula satu arah sahaja.
5) Masukan dalam loyang berlubang dan bakar 140'c sampai masak.
6) Bila dah masak.. keluarkan kek dari oven dan terus terbalikkan loyang sehingga kek benar2 sejuk.
7) Keluarkan kek dari loyang dan bolehlah dipotong

Nota: semasa mengacau pastikan
1) Kacau perlahan dengan satu arah
2) Pastikan semua putih telur tergaul kalau tidak bila kita masak ada ketulan putih jadi bila kita potong kek tu jadi tak halus dan tak cantik

Sosej Bun



SWEET BUN - resipi dr MamaFami (teman c&P..harap halal yer ma)...

Ingredient A :

500g high protein flour
25g milk powder
75g sugar (I lessen it to just 50g since I want to make sausage rolls)
10g instant yeast
1 teaspoon bread softener
1 egg
1/2 teaspoon salt

Ingredient B :

250ml water
75g margarine

Ingredient C :

Red bean filling
Butter
Sugar
Sausage
Raisins/sultanas

Method :

1. Mix well ingredients A.
2. Add in water and knead till a soft dough is formed.(I called upon my antique but still reliable mixer to help me with this process!)
3. Add in margarine and knead again till soft and elastic.
4. Divide the dough into 50g balls.
5. Shape the dough to your liking.
6. Leave to prove till double the size.
7. Bake in a preheated oven at 180 degree celcius till golden brown.
8. Once out of the oven, brush some margarine on top.

Wednesday, March 23, 2011

Pancake



PANCAKE sumber : Allrecipies

1½ cawan tepung gamdum
3 sdt Baking powder
½ sdt garam
3 sdb gula
1½ susu segar (x der stock teman bancuh 3 sdb susu tepung + 1½ cwn air suam)
1 biji telur
3 sdb butter cair

>> Gaul tepung, baking powder, garam & gula dlm mangkuk besar.(Buat lubang kat tengah2 adunan tepung)
>> Campurkan susu, telur & butter cair, kacau rata menggunakan wisk.
>> Masukkan bancuhan susu kedlm tepung, gaul rata.
>> Panaskan Non stick pan, masukkan sesenduk...tggu sehingga adunan kelaur buih baru balikkan..
>> Hidang panas2 dgn susu pekat / maple syrap / madu atau aiskrim..

Chocolate ganache


Chocolate ganache

300gm Whipping cream
400gm cooking chocolate
1 sdb butter / majerin
2 sdb madu <>Masak whipping cream dgn api sederhana sehingga kelaur buih2
>>Masukkan cooking chocolate yg telah dipotong kecil2..
>>Kacau sehingga sebati..
>>Masukkan butter..tutup api & kacau lg ...

** ini cara teman yerr...
>>Utk menyalut kek, tuang chocolate yg masih cair ke atas kek...goyang & gelek2 sket ala2 inul...smpi rata & licin.

>>Utk buat border, biarkan chocolate semalam sblm digunakan...masukkan dlm piping beg & deco ler ikut suker... kalo chocolate nmpk cair, masukkan ler skjp dlm peti sejuk...dlm beberapa minit, ikut kepekatan yg kita perlukan...

SELAMAT MENCUBA...

Beef Pie / {Pie daging)


BEEF PIE
Sumber pastri dr Myresipi
Bahan-bahan ( 8 biji pie kecil )
DOH PIE :
150gram butter
280gram tepung gandum halus (yg tak payah diayak lagi)
1 biji kuning telur (dipukul)
secubit garam halus
1 sudu teh gula halus

INTI PIE: (Style teman)
1 biji kentang (potong dadu)
(*) ½kg daging hancur
(*) 1 biji lobak merah (potong dadu)
~kalau nak guna mix vegetable pon OK~
1 biji bawang besar (cincang)

BAHAN UNTUK MENUMIS INTI PIE:
2 sudu minyak masak
*Sos tiram
*Sos Cili
*Sos Tomato
lada sulah (serbuk) secukup rasa
1 sudu besar tepung jagung(larutkan tepung jagung dgn 2 sudu bsr air)

Cara-cara CARA-CARA MEMBUAT INTI PIE:
>Goreng kentang terlebih dahulu tapi jangan sampai jadi garing sgt, angkat kentang dan toskan minyaknya.
>Panaskn 2 sudu minyak masak, tumis bwg besar ..
>Masukkan daging & carrot
>Masukkan semua sos & lada sulah..
>Rasa dulu sblm menambah garam sbb pada teman gabungan sos2 tu dah ckup rasa.
>Kacau rata, dan masukkan bancuhan tepung jagung.
>Angkat, & masukkan dlm penapis santan supaya semua minyak dpt tos..

CARA-CARA MEMBUAT DOH:
Gaulkan tepung dengan gula halus hingga rata.
Gaul semua bhn2 doh diatas (guna tangan jer).
Uli doh tuh hingga terhasil doh yg tidak melekat dimangkuk (kalau melekat maksudnyer tak cukup tepung).
Kemudian canai doh diantara 2 plastik hingga menjadi kurang lebih 1/2 cm tebal.
Perlahan-lahan tanggalkan plastik bahagian atas dan perlahan-lahan terbalikkan doh ke dalam acuan pie. Ratakan perlahan2 hingga menutupi kesemua bahagian dalam acuan pie.
Potong lebihan tepi doh. Tuangkan inti pie yang telah sejuk tadi dan tutup bahagian atas pie dgn kepingan doh.
Bahagian tepi atas pie ditekan-tekan dgn garfu supaya bahagian atas dan bawah pie melekat bersama. Sapu dgn kuning telur dan larikkan dgn garfu secara bersilang utk menghasilkan corak. Lebihan doh jgn dibuang, boleh digunakan untuk menghias atas pie.
Panaskan oven terlebih dahulu selama 10minit.
Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 180C selama 30 minit. Biarkan selama beberapa minit didalam oven sebelum dikeluarkan.
Sejukkan pie sebelum dikeluarkan dr acuan pie. Kalau nak gunakan pie cup aluminium yang pakai buang tuh pon boleh, lagi senang.
Sedia untuk di 'ngap' seisi keluarga... Selamat Menjamu Selera

Daging masak sos tiram

Daging Masak Sos Tiram
Bahan:-
½kg daging batang pinang (hiris nipis) - sbb teman guna daging korban, teman kene rebus dulu kasik empuk
*1 labu bawang besar - hiris
*2 ulas bawang putih - hiris
*1 inci halia - hiris
*1 biji capsicum
*2 biji cili merah
*2 biji cili hijau
*5-6 biji cili padi
3 sdb sos tiram
1 sdb tepung jagung - bancuh dgn sedikit air
Bunga kobis / brokoli / carrot (pape sayur leh masuk)
Minyak untuk menumis

>>Panaskan minyak, tumis bahan bertanda * sehingga layu
>>Masukkan daging & sedikit air...masak sehingga daging empuk
>>Bila daging empuk, masukkan sos tiram & sedikit air.
>>Masukkan semua sayur.
>>Masukkan bancuhan tepung jagung..kacau lg hingga masak.
>>Rasa dulu sblm menambah garam sbb sos tiram dah masin.

Puding Nyonya

Donat gebu

Kecik benor tulisan yer... kai kanta pembesar tau kalo nak baca...hehehh

Cucur Udang - versi leper

Sunday, March 13, 2011

Pandan Layer cake

Lagi satu kek yg sodap kegemaran warga emas...
Kek Span Pandan (Sumber Chef Noraini Zakaria)
5-6 biji telur
1 sdb ovellet
90 gm gula castor
100gm tepung gandum / superfine
1 sdt esen pandan / pandan emulco
1 sdb minyak masak

>>Pukul telur + ovellete hingga kembang 2X ganda
>>Masukkan gula sedikit demi sedikit..pukul lg hingga putih
>>Masukkan tepung…pukul lg
>>Masukkan esen pandan
>>Masukkan minyak masak…gaul rata jgn terlalu lama nnti sponge berminyak.

Cara menyediakan adunan pandan:

1050g santan cair
225g gula castor
2 sudu teh serbuk agar-agar
1 sudu teh esen pandan
75ml jus pandan
100 gm tepung hoenkwe hijau
2sdb mentega

Untuk hiasan - kelapa parut kering

Semua bahan di atas di masak di atas api sederhana, kacau selalu hingga ia jadi pekat.

Untuk menyediakan kek, mula2 sediakan bekas yg lebih besar sedikit dari saiz kek. Tuangkan adunan pandan, biar sekejap, letakkan kek, tuangkan adunan pandan lagi, tuang lagi adunan dan ulang hingga semua selesai. Jangan tutup kek terakhir dengan adunan pandan, cuma kemaskan tepi2 yang kosong sahaja. Sejukkan di dalam peti ais. Setelah itu, keluarkan dari bekas dan salutkan dengan kelapa kering


Blueberry Cheese tart

haa...ni resipi yg hakak guna utk cheese tart ni yerkk....
sapo nak cubo..cubo lahhh...sodap..larisss.....hehhe

Blueberry Cheestat
Sumber : Alex Goh
C&P : Resipi.net

Sweet Pastry

Bahan A
200 g mentega
100 g gula aising
1/4 sudu teh esen vanilla

Bahan B
1 biji telur

Bahan C
420 g tepung
1 sudu besar tepung susu

Cara-cara
1. Putar (A) hingga lembut dan tambahkan (B). Putar lagi hingga gebu.
2. Masukkan (C) dan gaul sehingga sempurna.

* Tat akan bewarna keemasan dan rangup jika dibakar di rak bawah ketuhar (lebih kurang 1/2 inci dari bahagian bawah ketuhar

Filling (resipi BAGUS)
250gm cream cheese
20gm butter
60gm caster sugar
1 biji telur
1 sdb tepung jagung

Blueberry filling.

1- Putar cream cheese, butter & gula hingga kembang...masukkan telur & putar hingga sebati.
2- Paipkan filling kedlm kulit pastri yg sudah di masak...Masukkan sedikit blueberry filling..lorekkan ikut suker.
3- Bakar semula selama 10 min

Padrik Ayam

Masak padprik lagikk....ate!!..mana ngirakan...udah main campak jerkk.......kayuh jer ler....hahahah

PADPRIK AYAM SEMPOI
½ ekor ayam potong kecil
Putik jagung
Carrot

**1 biji bawang besar
**2 ulas bawang putih
**5 biji cili padi
1 batang serai
Minyak utk menumis
1 peket paste tomyam kung
Daun limau purut

Air sekadar utk kuah

1- Bahan bertanda ** tumbuk kasar2 & tumis hingga wangi.
2- Masukkan serai & paste tomyam.
3- Masukkan ayam, gaul rata tggu sehingga ayam masak.
4- Masukkan sayur & daun limau purut.
5- Paste tomyam dah masin tetapi jika kurang masin boleh tambah garam.
6- Masak hingga semua sayur empuk..angkat & hidang.

Bubur Merah Putih


Org2 jowo msti kenal bubur ni kan...bubur tradisi yg mcm wajib ada kalo ada kenduri kesyukuran atau doa selamat.

BUBUR MERAH PUTIH

Bahan2
1 pot beras (mak teman guna tin susu utk sukat beras)
Air utk memasak beras
(Masak seperti m'buat bubur nasi yg biasa tu)

Santan dr ½ biji kelapa
Gula pasir
Gula merah (bancuh dgn sedikit air & tapis)
Secubit garam
Daun pandan

>>Bila beras dah kembang, masukkan santan..tnggu hingga mendidih.
>Masukkan daun pandan + gula + garam
>Kacau sehingga sebati
>Keluarkan sedikit utk diletakkan di tgh2 bubur merah
>Masukkan bancuhan gula merah..kacau sehingga sebati.

Cara menghidang
>Tuang sesenduk bubur merah ke dalam piring.
>Letakkan sesudu besar bubur putih di tgh2 bubur merah....siap..