Showing posts with label Kek. Show all posts
Showing posts with label Kek. Show all posts

Sunday, April 7, 2013

Kek Marble karamel




Orang lain dah berkurun buat kek nih..ada yg dh berkepuk2 duit hasil jualan...mkcik ni pya la x der masa nak menerai...tu la, asik la bz kt dapo yg satu lg tu...tp mggu lepeh, mak mkcik dtg seminggu kt umah mkcik nih..kekunun nk tayang skill buat kek la pd dia...ghopernyer..ampehhhh..lgsung x dicuitnyer....
kalo mkcik dh tua, msti mkcik sentap...tp sbb mkcik muda lg..mkcik x pedulik la....mak x mo mkn..kita la kasik bedal abih..hahahha

Untuk resipi ni, mkcik copy dr blog http://sue-hasue.blogspot.com/2012/04/resepi-dan-tips-membuat-kek-puding.html (mnta izin yer hasue)
tp mkcik rasa, x pas lg ler...kualiti out....apsal bila sejuk kek mkcik x menten tggi mcm hasue pya ekk...mengecut pulak dia...kene r&d nih...pehtu br bleh bkk meja...muehehehehe

mak c&p resipi dr hasue (mohon halal yer)

Kek Marble Karamel
Sumber : sue-hasue.blogspot.com
Bahan-bahan : Loyang 22cm/25cm (mkcik guna loyang 9in)

(A)-Gula Hangus

2 sudu besar gula (utk gula hangus)
*tabur gula dlm loyang n masak atas api perlahan..biar gula hancur dan warna tukar jadi perang)
Ketepikan dulu (gula tersebut akan mengeras & berbunyi macam kaca pecah gitu)

(B) - Bahagian Atas

1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur
2 biji telur (putih & kuning)

(C) - Lapisan Kek

140 gm tepung gandum *Ayak bersama baking powder
70 gm gula kastor
3 bj kuning telur
135 ml air biasa
1 sudu teh baking powder
45 ml minyak masak
2 sudu besar susu pekat manis (Ana tambah)

D) Merinque

6 bj putih telur
70 gm gula kastor


Cara-cara :
  1. Sediakan bahan (A) dahulu, ketepikan.
  2. Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nanti tak jadi pudingnya..
  3. Tapis bahan (B) td dlm loyang gula hangus (A) tadi..ketepikan.
  4. Pukul bahan (C) *Campurkan semua sekali & pukul guna senduk je..ketepikan
  5. Pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang & bila kita angkat ia tak jatuh...(meringue)
  6. Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..jangan terlebih kacau, agak-agak bercampur sebati je.
  7. Bahagikan kepada beberapa bahagian & letak pewarna n paste kalau suka..
  8. Masukkan ke dlm loyang yg ada gula hangus & keremel tadi (A + B)..selang seli warna, letak ditengah2 loyang, adunan kek akan terapung.
  9. Bakar cara double boiling/waterbath (Loyang kek berada di dalam loyang berisi air panas) - selama 1 jam 10 minit dengan suhu 175'C, menggunakan api bawah dahulu selama 40 minit, kemudian api atas bawah sehingga masak *Boleh juga menggunakan api atas bawah tetapi guna suhu 160'C / 170'C sahaja, (bergantung kpd oven masing-masing juga ya)

  10. TIPS:Jika tak pasti puding dah masak ke belum boleh tambah lagi masa membakar lebih kurang 10 minit,Bila masak angkat & rehatkan sekurang2nya 25 minit/setengah jam baru terbalikkan kek yg dibakar tadi...masa ni dah agak sejuk jadi senang nak keluarkan kek.
  11. Masukkan dlm peti sejuk 1 jam n lepas tu mkn sejuk2. Lebih sedap selepas semalaman.
    Sedap dimakan sejuk. Selamat Mencuba

Saturday, May 14, 2011

Moist Chocolate cake @ JHD


Selalu buat kek utk orang jer....byk kali gak adik merengek mntk kek ceklat..tp kalo makannyer cuma seketoi, maleh ler nak layan...

tp kemarin macam terajin la plak....kebetulan order pun x byk...godek ler sket utk adik..

Bahan
3 biji telur gred A
1 cawan gula kastor
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat
1 sdk esen vanilla
1/2 cawan serbuk coco
1 sdb nescafe

1 cawan tepung gandum
1 sdt baking powder
1 sdt soda bicarbonat
1/2 cawan air panas


> Gris loyang saiz 7inci
> Pukul telur & gula menggunakan wisk saja sehingga gula hancur.
> Masukkan minyak & susu pekat..kacau rata..
> Masukkan serbuk coco, nescafe, & esen vanilla.. kacau hingga likat.
> Masukkan tepung yg telah di gaul rata dgn serbuk penaik.
> Akhir sekali, masukkan air panas..kacau rata....masukkan dlm loyang.
> Bakar atau kukus sehingga masak - lebih kurang 1 jam

> Dah sejuk, curah coklat ganache.... hidang...

Tuesday, March 29, 2011

Mrble Cheese Cake



Marble Cheese Cake
Bahan A
250gm cream cheese (suhu bilik)
50gm gula kastor
3 biji kuning telur
2 sdb tepung jagung
1 sdt esen limau / sunquick pun boleh

Bahan B
3 biji putih telur
50 gm gula castor
1 sdt cream of tar tar

Sedikit Coklat masakan (double boil kan tp teman guna chocolate syrap)

Cara :-
- Mixer cream cheese sehingga gebu, masukkan gula..mix lg hingga sebati.
- Sambil mengadun tu, masukkan kuning tlur sebiji demi sebiji..dan trus masukkan tepung jagung & esen oren.

- Pukul bahan2 A sehingga kembang & kental (soft peak yer..) tuang x tumpah.
- Griskan loyang 9"
- Masukkan separuh adunan putih telur kedlm adunan cheese, gaul rata perlahan2...kemudian masukkan baki adunan putih telur & gaul rata..jgn gaul kasar2 yer...kita wat lemah lembut ala2 Fasha Sandha..muahahaha..
- Masukkan kedalam loyang, dah curahkan coklat masakan yg telah dicairkan td...lorekkan ikut suka hati masing2.
- Bakar menggunakan kaedah brain marie selama 40 minit dgn suhu mengikut oven masing2.
- Dalam 10min terakhir tu, kalo tgk bahagian atas kek dah bertukar perang, tutup loyang dgn tudung periuk (tp teman guna jer A4 paper 3 lapis)
tp kek teman tu terlalu perang pada top cake tu sbb terkhayal masa bako dek ralit tgk CSI...
- Setelah kek masak, biarkan kek didlm oven sehingga sejuk..buka pintu oven tu yer..
- Dah sejuk, br keluarkan dr loyang..masukkan lam fridge selama 2-3 jam sebelum menghidang..

** Boleh la dihidang bersama aiskrim or whipcream..tp anak2 teman curah lg ngan coklat...

Friday, March 25, 2011

Banana Chiffon Cake




BANANA CHIFFON CAKE

Bahan A
7 biji putih telur
3 oz gula halus
1 sudu teh cream of tartar

Bahan B
7 biji Kuning telur
4 oz gula halus
3 oz minyak masak
3 oz Air
7 oz tepung naik sendiri (tepung gandum diayak dgn 1 sdt baking powder)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
2 sudu besar tepung susu
2 bijik pisang yg BESAR ~

Caranya:
1) Pukul bahan A sampai bertanduk/ mengeras. Ketepikan.
2) Pukul semua bahan B kecuali tepung naik sendiri.
3) Selepas semua sebati masukkan tepung sikit demi sikit dan pukul lagi.
4) Masukkan kedalam adunan A sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan guna spatula satu arah sahaja.
5) Masukan dalam loyang berlubang dan bakar 140'c sampai masak.
6) Bila dah masak.. keluarkan kek dari oven dan terus terbalikkan loyang sehingga kek benar2 sejuk.
7) Keluarkan kek dari loyang dan bolehlah dipotong

Nota: semasa mengacau pastikan
1) Kacau perlahan dengan satu arah
2) Pastikan semua putih telur tergaul kalau tidak bila kita masak ada ketulan putih jadi bila kita potong kek tu jadi tak halus dan tak cantik

Sunday, March 13, 2011

Pandan Layer cake

Lagi satu kek yg sodap kegemaran warga emas...
Kek Span Pandan (Sumber Chef Noraini Zakaria)
5-6 biji telur
1 sdb ovellet
90 gm gula castor
100gm tepung gandum / superfine
1 sdt esen pandan / pandan emulco
1 sdb minyak masak

>>Pukul telur + ovellete hingga kembang 2X ganda
>>Masukkan gula sedikit demi sedikit..pukul lg hingga putih
>>Masukkan tepung…pukul lg
>>Masukkan esen pandan
>>Masukkan minyak masak…gaul rata jgn terlalu lama nnti sponge berminyak.

Cara menyediakan adunan pandan:

1050g santan cair
225g gula castor
2 sudu teh serbuk agar-agar
1 sudu teh esen pandan
75ml jus pandan
100 gm tepung hoenkwe hijau
2sdb mentega

Untuk hiasan - kelapa parut kering

Semua bahan di atas di masak di atas api sederhana, kacau selalu hingga ia jadi pekat.

Untuk menyediakan kek, mula2 sediakan bekas yg lebih besar sedikit dari saiz kek. Tuangkan adunan pandan, biar sekejap, letakkan kek, tuangkan adunan pandan lagi, tuang lagi adunan dan ulang hingga semua selesai. Jangan tutup kek terakhir dengan adunan pandan, cuma kemaskan tepi2 yang kosong sahaja. Sejukkan di dalam peti ais. Setelah itu, keluarkan dari bekas dan salutkan dengan kelapa kering


Monday, February 14, 2011

MOIST CHOCOLATE MAYONNAISE CAKE

MOIST CHOCOLATE MAYONNAISE CAKE
Sumber: Chef Asma

Bahan-bahan:
(A) 90g serbuk koko
576ml air panas

(B) 500g tepung Superfine
12g soda bicarbonate
400g gula castor
500g mayonnaise (boleh guna plain yogurt)

Cara:
• Bancuh bahan (A), ketepikan.
• Ayak tepung & soda bikarbonat.
• Satukan bahan (A) & (B) kacau sebati.
• Tuang dlm loyang yg telah digris & lapis greasepaper bhgn bwh saja
• Bakar 150oC hingga masak (ikut oven masing2)

Nota:
Chef Asma buat 1 adunan untuk loyang 4 segi 10”X10”X 1” dapat 2 loyang jadi tak payah potong. Lapis coklat ganache tindan 2 lapis.
Che’pah buat ½ adunan untuk loyang bulat 8” diameter

CHOCOLATE GANACHE

Bahan:
550ml UHT Whipping Cream
30g butter
15g glucose syrup
900g dark chocolate

Cara:
Panaskan dark choc guna teknik double boiling
Masukkan UHT whipping cream
Angkat & masukkan glucose syrup & butter

JAPANESE SOUFFLE CHEESE CAKE


JAPANESE SOUFFLE CHEESE CAKE
teman c&p dr FP kak rinnchan

Ingredients
200gm cream cheese (Room temperature)
50ml fresh milk
3 eggs (Seperated)
100gm castor sugar
30gm cornstarch
2 tablespoon lemon juice
1/2 teaspn cream of tartar

Instruction
1. Preheat oven at 175 deg cel. Line 18cm cake tin with grease proof paper.
2. Soften cream cheese in large bowl. Add milk and continue mixing with med speed.
3. Add 1/2 of the castor sugar, egg yolks, cornstarch, lemon juice and cream of tartar, combined together.
4. whisk egg whites in seperate large bowl until stiff peak formed. Add the remaining sugar little by little until mixture stands in stiff peak. ( Petuanya kalau diterbalikkan bowl pun putih telur yg cukup kembang tu takkan tertumpah..cubalah..tapi kalau terkeluar jugak..heh heh heh....kena buat lain la jawabnya..)
5. Fold half of egg whites mixture into cream cheese as gently as possible. Fold the remaining eggs gently but thoroughly.
6. Water bath bake for 45 mins on the lower shelf.
( Pasal masa baking ni mungkin terpulang kepada oven masing2.. )
7. Leave in the tin until cool enough to handle

Swiss Roll Orange Marmalade


Swiss Roll Orange Marmalade
(Resipi telah teman ubah suai sedikit so 1 adunan ini boleh dpt 2 gulung)
6 biji telur gred B (7biji gred C)
5oz gula castor
1 sudu besar (bumbung) ovelette (sdh buat correction yer cik shima oiii....mcm cikgu jer dok check spelling)

4oz tepung superfine (tepung gandum pun boleh)
½ sudu besar baking powder
1½ sudu besar tepung susu
1 sudu teh esen oren
5oz mentega (cairkan)
Sedikit pewarna oren
Orange Marmalade secukupnya.

1- Satukan telur, gula & ovellete, pukul hingga kembang & putih
2- Dlm bekas lain gaul rata tepung, baking powder & tepung susu.
3- Masukkan esen oren kedlm adunan telur, & masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit.
4- Pukul lg hingga sebati & kembang.
5- Masukkan mentega cair..kaup balik sehingga rata.
6- Masukkan pewarna oren, gaul rata.
7- Alas loyang dgn griss paper, biar tejuntai..(loyang size 9 X 9)
8- Masukkan ½ adunan kedlm dulang.
(Ambil 2 sdb adunan & campur dgn chocolate emalco & masukkankedlm piping bag ataupun buat jer piping guna griss paper tu)
9- Picitkan adunan coklat kedlm loyang...lorekkan menggunakan lidi.
10- Bakar selama 20min.
11- Bila dah masak, keluarkan, tggu sehingga sejuk sblm dibalikkan di atas griss paper.
12- Sapu jem marmalade & gulung dgn berhati2.
13 - Balut dgn plastik sling.

AFRICAN MARBLE CAKE

AFRICAN MARBLE CAKE
Sumber: Roshayati Johari

Bahan-bahan:
250 g Tepung naik sendiri
200 g gula kastor
300 g telur - timbang tanpa kulit
1 camca besar ovellate
1 camca teh baking powder
2 camca besar susu pekat
50 g air
175 g butter - dicairkan
coklat/strawberry/ kopi/pandan emulco - pilih satu yang digemari

Cara-caranya:

1. Pukul semua bahan kecuali butter cair dan emulco hingga pekat dan kuantitinya menjadi double.
2. Masukkan butter cair dan kacau adunan sebati.
3. Asingkan 3 senduk adunan. Campurkan 3 senduk dengan emulco. Tuang adunan banyak dalam loyang. Tuangkan sedikit2 adunan emulco dan corakkan atas adunan banyak.
4. Bakar. (Pastikan adunan hanya separuh loyang sebab kek ini akan naik double) Suhu 160 selama 45 minit atau sehingga masak.
5. Setelah masak, biarkan 5 minit dalam loyang lepas itu keluarkan. Ini untuk elakkan kek jadi kecut.

Saturday, January 29, 2011

Swiss roll




KEK GULUNG/SWISS ROLL BATIK
Sumber : dr FP MakLang asal Apek
Loyang 12 x 12 inci - Dapar 2 Swissroll utk 1 adunan ini

Bahan-bahan
6 biji telur gred A @ B
4oz gula castor
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu bsr ovelet
3oz tepung gandum
1 sudu bsr susu tepung
4oz mentega cair
sedikit coklat emulco [serbuk koko]
Blueberry filling secukupnya

Caranya
1.Telur,gula,ovelet,baking powder,esen vanilla,tepung gandum dan susu tpg msk dlm bekas dan dipukul dgn kelajuan maksima sehingga gebu (5-7minit)
2.Adunan dah gebu akan jadi camni (sehingga warna bertukar putih)
3.Masukkan mentega cair,kemudian kacau rata ngan sudip kayu
4.Asingkan sedikit adunan tadi (skit je setakat nak buat line) ke dalam bekas lain,kemudian masukkan coklat emulco.Kacau rata kemudian masukkan adunan coklat ini ke dalam piping bag
5.Tuangkan adunan tadi ke dalam loyang kemudian ratakan permukaannya[/b]
6.Paipkan adunan coklat td di atas adunan yg diratakan dlm loyang
7.Lorekkan/corakkan dgn menggunakan lidi dari atas ke bawah
8.Bakar dlm oven selama 20 minit dgn suhu 170darjah celcius.
9.Apabila kek sudah masak dan sudah betui2 sejuk, terbalikkan ke atas sekeping kertas kemudian sapukan jem sehingga rata....tolong jgn sapu kuat2
10.Setelah jem disapu rata,gulung kek tadi perlahan2 sehingga kemas.

Kek Butter Tradisional


lama sungguh x buat kek ni..
Sepesel request dr kakak saya...dia kata, nak mkn kek yg macam buat kt kampung dulu...(tp dulu bako ngan sabut kelapa...

Bahan2 :-
  • 2 cawan gula halus
  • 2 X 250g butter
  • 6 biji telur ayam sederhana besar
  • 2 camca teh esen vanila
  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan susu pekat manis

Cara-cara

  1. Mula-mula, masukkan gula n butter ke dalam mangkuk adunan n gaul sampai sebati.
  2. Then, masukkan sebiji telur n gaul sampai telur kembang. Bila dah kembang, msuk lagi sebiji. Ulang proses ni sampai semua telur berjaya dimasukkan.
  3. Tambah esen vanila n gaul lagi.
  4. Masukkan pula tepung naik sendiri n gaul.
  5. Then masukkan tepung gandum, gaul lagi smpai rata.
  6. Last but not least, masukkan susu pekat manis. gaul sikit lagi, then boleh la masukkan adunan dalam loyang. (P/s: jangan lupa sapu loyang dengan butter dulu supaya kek tak melekat pada loyang =)
  7. Bakar dalam oven pada suhu 130 djh celcius slama sejam atau sehingga masak. (kalau nak tgk dh masak ke blum, cucuk tgh2 kek dgn hujung garfu. kalau takde kesan adunan terlekat kat kek, dah masak la t

Saturday, January 22, 2011

Marble Chocolate Cheese Cake

MARBLE CHOCOLATE CHEESE CAKE (Roylazim) Sumber ; FP MamaFami

Ingredients A :
180 g butter
20 g cocoa powder
170 g castor sugar (I reduced to 150 g only)
3 eggs
120 g self-raising flour
1 teaspoon baking powder

Ingredients B :

250 g cream cheese
60 g castor sugar
1 teaspoon vanilla essence
1 egg

Method :

1. Sift self-raising flour, baking powder and cocoa. Set aside.
2. Cream butter and sugar.
3. Add in eggs (ingredient A), one at a time.
4. Add in the sifted ingredients and mix well.
5. In another bowl, beat all ingredients in B till light.
6. Prepare a 7" tray, line with grease-proof paper. I used an 8" x 8" tray. Pour in one part of ingredient A's mixture into the tin. Spread evenly. Then pour the whole ingredient B's mixture on top and spread evenly. Finally pour the balance of ingredient A's mixture on top and spread nicely to cover the whole area.
7. Bake in a pre-heated oven at 160 C for 1 hour.

kek ini bertambah sedap jika dikukus..hasil akan lebih lembut & lembab

Swiss Roll Rainbow - cubaan pertama

SWISS ROLL BATIK COKLAT - mana yg condong2 tu teman tuko sesuka hati teman...
(loyang 8 x 11 inci)

Bahan-bahan :

3 biji telur gred A @ B
2 oz gula castor (teman guna 1 cawan)
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu besar ovallete
1.5 oz tepung gandum, keluarkan 1 1/2 sudu besar tepung (teman guna 1 cwn tepung sbb teman x guna serbuk coklat)
1/2 sudu besar susu tepung
2 oz mentega cair (1 cwn )
1 1/2 sudu besar serbuk koko (teman x guna sbb tuko kaler merah & hijau)
butter icing secukupnya

Kaedah penyediaan :

- Telur, gula, ovallete, baking powder, esen vanilla, tepung gandum dan susu tepung dipukul dengan kelajuan maksima sehingga gebu (5-7minit)
- Asingkan 1 1/2 sudu besar adunan putih dan masukkan ke dalam piping bag.
- Masukkan serbuk koko ke dalam adunan putih di dalam mixer dan pukul selama 1 hingga 2 minit agar serbuk koko sebati.
- Masukkan mentega cair, kemudian kaup balikkan biar rata.
- Tuangkan adunan koko tadi ke dalam loyang kemudian ratakan permukaannya.
- Paipkan adunan putih tadi di atas adunan yg diratakan dlm loyang
- Lorekkan/corakkan dgn menggunakan lidi
- Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170 C selama 20 minit, api atas dan bawah.
- Apabila kek sudah masak, keluarkan dari oven ke atas redai. Biarkan sejuk. Letakkan sekeping kertas di atas bahagian yang berlorek kemudian terbalikkan.
- Keluarkan kertas alas semasa membakar. Sapu permukaan dengan butter icing.
- Gulung kek tadi perlahan-lahan dan cermat.
- Balutkan dengan cling film dan simpankan di dalam peti ais untuk mengentalkan buttercream.
- Potong dan hidangkan.

Choc. Moist Cupcake

MOIST CHOCOLATE CAKE (copy paste from MamaFami FP..harap halal yerr)

Ingredients :

250 g butter
2 cups castor sugar
2 3/4 cups flour (I used cake flour)
4 eggs
1 teaspoon bicarbonate soda
1 teaspoon vanilla essence
1 cup cocoa powder (teman bubuh 1/2 cwn coco, 1/2 cwn milo + 1 sdb nescafe)
1 1/2 cup water

Method :

1. Mix cocoa powder with water and set aside.
2. Sift flour and bicarbonate of soda 3 times and set aside.
3. Cream butter and sugar.
4. Beat egg till fluffy.
5. Pour the eggs into the creamed mixture a bit at a time.
6. Add in vanilla essence.
7. Fold in the sifted dry ingredients into the mixture.
8. Pour in the cocoa mixture and keep folding.
9. Bake for 1 hour 15 minutes or till done
.

Moist Chocolate cake


Moist chocolate Cake > sumber Nina..TQ nina ...
Bahan-Bahan:

1 cawan serbuk koko
1cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum (nina guna 2 cawan penuh)
1tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
3 biji telur

Cara :

Campur koko,gula,susu cair,susu pekat manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut.Tepung,soda dan baking powder di ayak satu. Telur dipukul kembang dan dicampur dng campuran koko tadi.Gaul rata dan capur tepung. Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik. Tutup acuan dgn aluminium foil agar tidak masuk wap (nina tutup guna kain napkin anak je....tp dijamin bersih)....Kukus selama 1 jam baru angkat dan sejuk kan

Chocolate Ganache
300 gm cooking chocolate
100 gm whippping cream

Panaskan whipping cream hingga mendidih. Angkat. Coklat yg telah dipotong tadi dimasukkan ke dalam cream dan kacau hingga hancur..

Sbb kehabisan whipped cream teman guna topping kt bwh ni..
1 cwn susu pekat manis
1/2 cwn serbuk koko
1/2 cwn milo
1 sudu besar margerin

Panaskan susu + serbuk koko + milo..kacau sehingga sebati (guna api perlahan)...
Bila sebati, masukkan margerin supaya berkilat...curah atas kek...

Tuesday, January 18, 2011

Kek Butter Belang

Kek Butter Belang by Chef Noraini (http://resipinoraini.blogspot.com)
(saiz loyang 8 X 8 X 3)
250gm butter
220 gula castor
4 butir telur gred A
220 tepung gandum
1 sdt baking powder
1 sdt esen vanila
50ml air
Pewarna hijau, kuning & merah

> Pukul mentega & gula hingga kembang
> Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati
> Masukkan esen vanila
> Masukkan tepung gandum yang telah diayak dgn baking powder & pukul sebati
> Masukkan air..gaul sebati
> Bahagikan kpd 3 bahagian (warnakan setiap bahagian dg pewarna)
> Sapukan loyang dgn mentega..senduk 1 bahagian hijau > kuning > merah...ulang proses sehingga habis adunan
> Bakar selama 45 min (panaskan oven 10 min sblm membakar)

Saturday, January 15, 2011

BLUEBERRY CHEESE CAKE - BAKE

BLUE BERRY CHEESE CAKE HANIELIZA
Base Biscuit
120gm biskut chipsmore (teman guna biskut tiger)
2 s/b butter (teman guna margerin)
* Kisar biskut & campurkan butter sehingga boleh dikepal
* Masukkan kedlm springform saiz 8" , tekan sehingga padat
* Bakar selama 10 min (tp teman hanya masukkan kedlm peti sejuk selama 1/2 jam)

Filling
250 cream cheese
70gm butter
120gm fresh cream
120gm castor sugar
50gm tepung jagung
30gm tepung superfine
1 s/k esen vanilla
4 biji telur ayam gred A (asing putih & kuning)
2 s/b blueberry filling

Topping
Blueberry filling
Whipped Cream

Method1- Pukul putih telur sehingga gebu (soft peak)
2- Pukul Cream Cheese, Butter, fresh cream & gula sehingga gebu.
3- Masukkan kunig telur, pukul sehingga sebati.
4- Masukkan esen vanilla..gaul rata
5- Masukkan tepung..kaup balikkan sehingga rata..
6- Masukkan 1/2 adunan putih telur & gaul sebati..
7- Tuang bahan diatas kedlm baki putih telur & masukkan filling blueberry..kaup balikkan sehingga rata..
8- Tuang kedlm springform biskut td..dan bakar secara "steam bath" selama 60min..
9- Biarkan sejuk didlm oven...kemudian masukkan lg kedlm peti sejuk selama beberapa jam..
10- Hias dgn blueberry & whipped cream

Thursday, January 13, 2011

Oren Cheese Cake

OREN CHEESE CAKE WITH CHOCOLATE GANACHE
Bahan2
250gm Cream Cheese
70gm Butter
120gm Fresh Cream or Whipped Cream
120gm Castor Sugar
60gm Corn Flour
30gm Superfine Flour
4 biji telur (asingkan putih & kuning)
1/2 s/k Cream of Tartar
2 s/b Oren Sunquick
1 s/k Esen Oren
Sedikit parutan kulit limau
** Nak guna lemon pun blh juga..tp jd Lemon Cheese Cake lerr)

Method
1- Pukul putih telur + cream of tartar sehingga gebu (soft peak)
2- Pukul Cream Cheese, Butter, Fresh Cream & Gula hingga gebu & putih..
3- Masukkan kuning telur, pukul sebati..
4- Masukkan tepung jagung & tepung superfine, kaup balikkan hingga rata..
5- Masukkan paste, esen & kulit oren, gaul rata..
6- Campurkan dgn adunan putih telur td..kaup balikkan sehingga rata..jgn terlebih kaup nnti kek jd bingka lak..
7- Tuang kedlm loyang yg telah digris & dilapik dgn kertas (lapik bhgn bwh & tepi jika anda tiada loyang spring from)
8- Bakar secara steambath selama 1 jam..bila msk biar sejuk didlm oven..& masukkan kedlm peti seuk selama beberapa jam sebelum dihidang..)

CHOCOLATE GANACHE
250gm cooking chocolate
150gm whipped cream
2 s/b butter

* Cairkan chocolate secara double boil..
* Didihkan wipped cream (guna api perlahan)

Pandan Ciffon Cake


KEK CHIFFON PANDAN
Sumber : Irene Chia (from Rinnchan FP)

Bahan A (Diayak sebanyak 3 kali)
150gm tepung kek
1 camca teh baking powder

Bahan B
4 biji kuning telur saiz A
70gm gula castor
1/4 camca teh garam halus

Bahan C
85ml corn oil, (myk masak pun boleh)
115ml jus pandan, (teman tuko dgn santan + esen pandan + pewarna hijau) - kes maleh nak blend daun pandan..

Bahan D
4 biji putih telur saiz A
70gm gula castor
1/2 camca teh cream of tartar

Cara-cara :
1. Putar bahan D sehingga soft peak...(penting yerrr)
2. Gunakan handmixer utk memukul Bahan (B).
3. Masukkan myk jagung dan teruskan memukul.
4. Putar sehingga kembang.
5. Masukkan santan + pwarna hijau td.
6. Masukkan sedikit demi sedikit tepung. Dengan menggunakan spatula kacau setakat tepung hilang
dari pandangan. Jangan terlebih kacau.
7. Campur 1/2 adunan putih telur , kacau rata...
8. Tuang adunan diatas kedalam baki putih telur td ..kacau rata secara perlahan2
9. Tuang kedlm acuan (acuan x perlu digris)..bakar selama 45min..
10. Bila dah masak, tangkupkan acuan td atas wire rack, tggu sehingga sejuk, br keluarkan kek dr lyang..

Carrot cake Leen Omar

Carrot Cake
Sumber : leen omar (Rnet)

Bahan
2 1/2 cwn Tepung Berserbuk Penaik
1st baking powder
1st soda bicarbonate
1/2st cinnanom powder
1/4st garam
3/4cwn brown sugar
1cwn gula castor
4biji telur
1cwn minyak jagung
1cwn mentega cair
3cwn lobak (diparut - <>2 biji lobak yg sederhana besar)
3/4 cwn walnut cincang or badam

Topping
3/4 ketul cream cheese
3sm mentega
1/3 cwn icing sugar (teman tmbh ngan Sugar syrap)
1st lime juice
(kalau nak more creamy lagi lebihkan butter/krimwell)

Cara
Panaskan oven 180C
Ayak tepung+baking powder+bicarbonate dlm mangkuk
Campurkan lobak parut, minyak jagung, mentega cair, cinnamon powder, brown sugar, castor sugar dan telur
Putar adunan sehingga lebut/gebu. Masukkan walnut dan kisar sebentar
Bakar dlm oven selama 45 min hingga 1 jam.
Biarkan sejuk...buatkan topping

Hiasan Krim Keju
Masukkan semua bahan dalam mangkuk.Kisar hingga halus dan sapukan pada kek.