kalo mkcik dh tua, msti mkcik sentap...tp sbb mkcik muda lg..mkcik x pedulik la....mak x mo mkn..kita la kasik bedal abih..hahahha
Untuk resipi ni, mkcik copy dr blog http://sue-hasue.blogspot.com/2012/04/resepi-dan-tips-membuat-kek-puding.html (mnta izin yer hasue)
tp mkcik rasa, x pas lg ler...kualiti out....apsal bila sejuk kek mkcik x menten tggi mcm hasue pya ekk...mengecut pulak dia...kene r&d nih...pehtu br bleh bkk meja...muehehehehe
mak c&p resipi dr hasue (mohon halal yer)
Kek Marble Karamel
Sumber : sue-hasue.blogspot.com
Bahan-bahan : Loyang 22cm/25cm (mkcik guna loyang 9in)
(A)-Gula Hangus
2 sudu besar gula (utk gula hangus)
*tabur gula dlm loyang n masak atas api perlahan..biar gula hancur dan warna tukar jadi perang)
Ketepikan dulu (gula tersebut akan mengeras & berbunyi macam kaca pecah gitu)
(B) - Bahagian Atas
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur
2 biji telur (putih & kuning)
(C) - Lapisan Kek
140 gm tepung gandum *Ayak bersama baking powder
70 gm gula kastor
3 bj kuning telur
135 ml air biasa
1 sudu teh baking powder
45 ml minyak masak
2 sudu besar susu pekat manis (Ana tambah)
D) Merinque
6 bj putih telur
70 gm gula kastor
Cara-cara :
- Sediakan bahan (A) dahulu, ketepikan.
- Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nanti tak jadi pudingnya..
- Tapis bahan (B) td dlm loyang gula hangus (A) tadi..ketepikan.
- Pukul bahan (C) *Campurkan semua sekali & pukul guna senduk je..ketepikan
- Pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang & bila kita angkat ia tak jatuh...(meringue)
- Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..jangan terlebih kacau, agak-agak bercampur sebati je.
- Bahagikan kepada beberapa bahagian & letak pewarna n paste kalau suka..
- Masukkan ke dlm loyang yg ada gula hangus & keremel tadi (A + B)..selang seli warna, letak ditengah2 loyang, adunan kek akan terapung.
- Bakar cara double boiling/waterbath (Loyang kek berada di dalam loyang berisi air panas) - selama 1 jam 10 minit dengan suhu 175'C, menggunakan api bawah dahulu selama 40 minit, kemudian api atas bawah sehingga masak *Boleh juga menggunakan api atas bawah tetapi guna suhu 160'C / 170'C sahaja, (bergantung kpd oven masing-masing juga ya)
- TIPS:Jika tak pasti puding dah masak ke belum boleh tambah lagi masa membakar lebih kurang 10 minit,Bila masak angkat & rehatkan sekurang2nya 25 minit/setengah jam baru terbalikkan kek yg dibakar tadi...masa ni dah agak sejuk jadi senang nak keluarkan kek.
- Masukkan dlm peti sejuk 1 jam n lepas tu mkn sejuk2. Lebih sedap selepas semalaman.
Sedap dimakan sejuk. Selamat Mencuba
No comments:
Post a Comment