Sunday, October 26, 2014

Cream Puff Jagung

Assalamualaikum....

Selamat nerjumpa kembali....

Mimpi bagus malam td, sbb tu ada mood nk update blog..hahahhaha

Kali ni nk share resipi Cream puff jagung yg enak & x muak..dh jd hotsale di kedai online jhd www.jasmeenhomedelight.com


buat creampuff ni senang..tp cuma nk kene hati2 dgn teknik semasa membakar...kurang masak akn leper bila sejuk...suhu oven kene tggi utk dpt puff yg kembung & kosong di dalam

Creampuff kastard jagung

Bahan2 Cream Puff
250ml air
100g Mentega
1sdk Gula halus
125gm Tepung Gandum
2 biji telur  gred A
1/2 sdt garam

Cara Membuat Cream puff
1. Campur gula, air dan mentega. Masak hingga mendidih. Masukkan tepung dan kacau dengan senduk kayu hingga sebati dan tak melekatpada periuk. Sejukkan sebentar.
2. Masukkan telur 1 per 1 dan kacau sebati  (saya guna hand mizer)... Paipkan ke atas dulang pembakaryg telah disapukan mentega atau pun lapikkan dulang dgn griss paper.
3. Bakar 20 min pada suhu 250 darjah.

Custard Filling
Bahan-bahan
500ml Susu Segar / susu cair
1 biji telur
25gm tepung Kastad
30gm tepung Jagung
20gm jagung cream
100gm gula kastor

bahan hiasan / Dusting
Snow powder

Cara Membuatnya:-
1. Campur dan gaul sebati telur,gula kastor, tepung kastad, teung jagung & jagung cream.
2. Kemudian, tuangkan susu yang telah dipanaskan sedikit dan masak hingga kastad likat. Sejukkan sebentar.
3. Masukkan ke dlm piping bag, paipkan ke dlm belahan cream puff. Kemudian, ayak snow powder ke atas creampuff.

Thursday, October 2, 2014

Ikan tenggiri Masak cuka


Assalamualaikum...

Masyaallah..lamanya x update..makan bulan..kalo baby nih, dh nk lari..hihi..sori la ekkk...
actualy, byk dh simpan gambar mask2..tp mmg x dan nak masuk dlm blog..asik bz mengemas rumah satu lagi....heheeh

kali ni tayang resipi ringkas ... lauk peberet...masam gitu..mau bertambah2 makan..
resipi sempoi2..tarak sayur bagai..ikan n cili je..huihui..


IKAN TENGGIRI MASAK CUKA
Bahan2:
3 keping ikan tenggiri
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit

1 labu bawang besar ~ dipotong mayang
2 ulas bawang putih ~ dihiris
1'2 in halia ~ dihiris
2 biji cili hijau  ~ dihiris serong
5 - 7 biji cili padi
1/2 sudu kecil biji sawi
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Air secukupnya..nak kuah lebih..tmbh air..
3 sudu besar cuka
garam dan gula secukup rasa

Cara: 
Goreng ikan yg telah dilumurkan garam dan serbuk kunyit hingga masak dan sedikit garing. Ketepikan.


Buangkan minyak dan tinggal lebih kurang sedukit sahaja dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga terbit bau.


Masukkan cili hijau, cili padi, biji sawi dan serbuk kunyit. Goreng seketika.


Masukkan air dan cuka dan biarkan hingga mendidih.

Masukkan garam dan gula,  dan ikan yg telah digoreng tadi.


Biarkan mereneh sekejap (supaya rasa masam2 kuah meresap pd isi ikan) .


Masak seketika kemudian bolehlah dihidangkan.