Thursday, October 2, 2014

Ikan tenggiri Masak cuka


Assalamualaikum...

Masyaallah..lamanya x update..makan bulan..kalo baby nih, dh nk lari..hihi..sori la ekkk...
actualy, byk dh simpan gambar mask2..tp mmg x dan nak masuk dlm blog..asik bz mengemas rumah satu lagi....heheeh

kali ni tayang resipi ringkas ... lauk peberet...masam gitu..mau bertambah2 makan..
resipi sempoi2..tarak sayur bagai..ikan n cili je..huihui..


IKAN TENGGIRI MASAK CUKA
Bahan2:
3 keping ikan tenggiri
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit

1 labu bawang besar ~ dipotong mayang
2 ulas bawang putih ~ dihiris
1'2 in halia ~ dihiris
2 biji cili hijau  ~ dihiris serong
5 - 7 biji cili padi
1/2 sudu kecil biji sawi
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Air secukupnya..nak kuah lebih..tmbh air..
3 sudu besar cuka
garam dan gula secukup rasa

Cara: 
Goreng ikan yg telah dilumurkan garam dan serbuk kunyit hingga masak dan sedikit garing. Ketepikan.


Buangkan minyak dan tinggal lebih kurang sedukit sahaja dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga terbit bau.


Masukkan cili hijau, cili padi, biji sawi dan serbuk kunyit. Goreng seketika.


Masukkan air dan cuka dan biarkan hingga mendidih.

Masukkan garam dan gula,  dan ikan yg telah digoreng tadi.


Biarkan mereneh sekejap (supaya rasa masam2 kuah meresap pd isi ikan) .


Masak seketika kemudian bolehlah dihidangkan.

No comments:

Post a Comment