Friday, September 23, 2016

Peria katak goreng krispi

Peria katak krispi

Bahan2

5biji peria katak - hiris nipis2
Kemudian rendam dlm air yg diletak garam.. (rendam 5-10min).

Toskan...

Gaul dgn tepung berperisa.. (saya guna tepung goreng bestari)

Panaskan minyak dan deep fried..

Goreng smpai garing keperangan ye..kalo x ckup garing, bila sejuk nnti peria jd lembik.

Thursday, September 10, 2015

BROWNIES CHEESE KUKUS (BRONKUS)





Brownies yg sedap..melekat..anda pasti jatuh chenta....


BROWNIES CHEESE KUKUS (BRONKUS)

Bahan-bahan Brownies :
(Bahan A)
2 biji telur
1/2 cawan susu cair 
1/2 cawan susu pekat manis
100ml minyak
1/2 cawan gula kastor
1 sudu kecil choc emulco

(Bahan B : perlu diayak bersama)
2 sudu mkn serbuk koko 
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh baking soda

Bahan-bahan Cheese :
500g cream cheese
4 biji telur
140g gula halus
sedikit esen vanilla

CARA MASAK :
Untuk Brownies, satukan Bahan A (guna whisk saja pun boleh)
Kemudian masukkan Bahan B, kacau lagi hingga sebati. Griskan loyang dan alas dengan kertas minyak, tuang adunan tadi. Baki adunan jangan terus dibersihkan, simpan untuk buat corak atas lapisan cheese. Kukus adunan selama 25-35 minit, sehingga masak. 

Sementara menunggu Brownies masak, siapkan adunan Cheese. Pukul cream cheese hingga gebu. Masukkan gula halus dan pukul hingga sebati. Masukkan pula telur dan vanilla. Pukul lagi hingga rata. Bila Brownies dah masak, barulah tuangkan adunan Cheese ni. Titiskan baki adunan Brownies ke atas adunan Cheese. Lorekkan dengan
lidi. Kukus semula selama lebih kurang 20 minit dengan api sederhana sehingga masak.

Sejukkan beberapa jam dlm peti ais & boleh la di potong... Celupkan pisau tajam dlm air panas & potong..potongan akan lebih cantik & kemas.

Selamat mencuba

Saturday, February 28, 2015

Bebola kentang cheese



Bahan2 (sumber & copy dr Myresipi)

Bahan-bahan ( 22 ketul )

  • 300g kentang kukus, lecek halus
  • 2 sudu makan susu tepung
  • 1 biji kuning telur
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/4 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1/4 sudu teh serbuk pala
  • 1 sudu makan mentega tawar
  • Minyak
  • Bahan inti:
  • 22 ketul kiub keju (saya guna cheese mozarella )
  • Bahan pelapis:
  • 2 biji putih telur, pukul ringan
  • 100g serbuk roti kasar berwarna oren

Cara-cara

  1. Kacau rata bahan kulit
  2. Ambil sedikit adunan. Leperkan. Intikan dengan kiub keju. Bentukkan bebola
  3. Gulingkan dalam serbuk roti kasar. Celupkan ke dalam putih telur. Gulingkan lagi ke dalam serbuk roti kasar.
  4. Goreng dalam minyak yang telah dipanaskan dengan api sederhana sehingga masak.
  5. Kalo tak jumpa kiub keju, leh gantikan dengan keju lain yang boleh mencair yer. Nak letak lain sebagai inti pon boleyyy!! Jangan letak batu sudaaa... 

Sunday, October 26, 2014

Cream Puff Jagung

Assalamualaikum....

Selamat nerjumpa kembali....

Mimpi bagus malam td, sbb tu ada mood nk update blog..hahahhaha

Kali ni nk share resipi Cream puff jagung yg enak & x muak..dh jd hotsale di kedai online jhd www.jasmeenhomedelight.com


buat creampuff ni senang..tp cuma nk kene hati2 dgn teknik semasa membakar...kurang masak akn leper bila sejuk...suhu oven kene tggi utk dpt puff yg kembung & kosong di dalam

Creampuff kastard jagung

Bahan2 Cream Puff
250ml air
100g Mentega
1sdk Gula halus
125gm Tepung Gandum
2 biji telur  gred A
1/2 sdt garam

Cara Membuat Cream puff
1. Campur gula, air dan mentega. Masak hingga mendidih. Masukkan tepung dan kacau dengan senduk kayu hingga sebati dan tak melekatpada periuk. Sejukkan sebentar.
2. Masukkan telur 1 per 1 dan kacau sebati  (saya guna hand mizer)... Paipkan ke atas dulang pembakaryg telah disapukan mentega atau pun lapikkan dulang dgn griss paper.
3. Bakar 20 min pada suhu 250 darjah.

Custard Filling
Bahan-bahan
500ml Susu Segar / susu cair
1 biji telur
25gm tepung Kastad
30gm tepung Jagung
20gm jagung cream
100gm gula kastor

bahan hiasan / Dusting
Snow powder

Cara Membuatnya:-
1. Campur dan gaul sebati telur,gula kastor, tepung kastad, teung jagung & jagung cream.
2. Kemudian, tuangkan susu yang telah dipanaskan sedikit dan masak hingga kastad likat. Sejukkan sebentar.
3. Masukkan ke dlm piping bag, paipkan ke dlm belahan cream puff. Kemudian, ayak snow powder ke atas creampuff.

Thursday, October 2, 2014

Ikan tenggiri Masak cuka


Assalamualaikum...

Masyaallah..lamanya x update..makan bulan..kalo baby nih, dh nk lari..hihi..sori la ekkk...
actualy, byk dh simpan gambar mask2..tp mmg x dan nak masuk dlm blog..asik bz mengemas rumah satu lagi....heheeh

kali ni tayang resipi ringkas ... lauk peberet...masam gitu..mau bertambah2 makan..
resipi sempoi2..tarak sayur bagai..ikan n cili je..huihui..


IKAN TENGGIRI MASAK CUKA
Bahan2:
3 keping ikan tenggiri
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit

1 labu bawang besar ~ dipotong mayang
2 ulas bawang putih ~ dihiris
1'2 in halia ~ dihiris
2 biji cili hijau  ~ dihiris serong
5 - 7 biji cili padi
1/2 sudu kecil biji sawi
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Air secukupnya..nak kuah lebih..tmbh air..
3 sudu besar cuka
garam dan gula secukup rasa

Cara: 
Goreng ikan yg telah dilumurkan garam dan serbuk kunyit hingga masak dan sedikit garing. Ketepikan.


Buangkan minyak dan tinggal lebih kurang sedukit sahaja dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga terbit bau.


Masukkan cili hijau, cili padi, biji sawi dan serbuk kunyit. Goreng seketika.


Masukkan air dan cuka dan biarkan hingga mendidih.

Masukkan garam dan gula,  dan ikan yg telah digoreng tadi.


Biarkan mereneh sekejap (supaya rasa masam2 kuah meresap pd isi ikan) .


Masak seketika kemudian bolehlah dihidangkan.

Tuesday, April 15, 2014

Homemade burger

Assalamualaikum...
Pekabo pengunjung dapur jhd..lama beno jhd x bersiaran...
Kali ni jhd nak share resipi homemade burger..buatnya dh berkurun..br skrg nk share...
Sebenonye kami sati family mmg suka mkn burger yg tebal2...puas ati...kalo beli kt gerai2 tepi jalan tu, mmg x puas la..sbb daging burger keras n nipis...
Kali ni gagahkan diri buat sndri lps tgk Chef Nik Mikael buat dln program dia (yg jhd x igt apa ke namanya)..

Homemade burger
4 org mkn (size XXL)
Bahan
4buku roti burger (belah dua..sapu butter...grill)
Salad
Cheddar slice cheese
Sos cili
Mayonese


Bahan Daging burger

500gm daging kisar
2 ulas bawang besar
Serbuk lada hitam
Sebiji telur
Garam
Kiub daging
Bawang di tumis sehingga layu..
Campurkan pada semua bahan2 daging..bntukkan bulat spt burger
Masukkan 1 jam dlm peti ais...
Kemudian boleh la di grill... Jhd guna magic pan saja...
Grilk sehingga masak...
Kemudian susun roti burger yg telah di sapu butter. .ltkkan daging...cheese...salad. .sos..
Akhir sekali ttup dgn roti..
Siap..

.


Monday, February 3, 2014

Puding laici


Assalamualaikum...
Ya Allah, lama nya x jenguk dapur nih..sian tetamu yg dtg..asik hidang benda yg sama berbulan2...hikhik..jgn mara no....

Kali ni makcik nak share puding yg simple..sebenonya dh lama dh buat..standard la, peram gambar smpi lebam...hihihi


 Puding laici
Bahan-Bahan:
sebungkus agar-agar (25g)
1 tin buah laici
1 tin susu cair
3 cawan gula
4 cawan air
Cara:
buah laici dan airnya disingkan. buah laici dihiris nipis-nipis.
agar-agar dimasak besama 4 cawan air serta air dr tin laici sehingga ianya cair sepenuhnya.
kemudian masukkan 3 cawan gula dan dibiarkan ianya cair.
setelah gula cair, masukkan buah laici yg telah dihiris tadi.
biar mendidih sebentar kemudian masukkan susu cair.
kacau sehingga sebati, biarkan mendidih sedikit.
tutup api dan masukkan kedalam bekas.
sedia dimakan setelah ianya beku.
Cadangan Hidangan:
masukkan ke dalam peti sejuk. ianya lebih sedap sekiranya dimakan ketika sejuk.