Saturday, January 29, 2011

Garlic Bread Snack



Garlic bread snack
Bahan :-
Beberapa keping roti sandwich (teman kalo buat trus sebuku...dpt bykkk)..

Garlic butter
5 sudu besar butter / margerin
4 ulas bawang putih (cincang halus)
sedikit serbuk lada putih
secubit garam
(semua bahan di atas, gaul sehingga sebati..)

Cara :-
1- Gelek roti smpai nipis & potong ikut suke..(sekeping tu teman potong 4
2- Sapu dgn garlic butter
3- Bakar dlm ketuhar selama 10 min..sehingga nampak garing & kekuningan...
4- Tunggu sejuk & bolehlah disimpan di dlm bahan kedap udara..

Almond London

BISKUT ALMONDS LONDON
Sumber Hanieliza

Bahan[/b]
250gm butter
160 gm gula
1 biji kuning telur
1 s/t vanilla
150 gm badam kisar ]
300gm tepung gandum ] gaulkan rata
60 gm yepung jagung ]

hiasan
paper cup
coklat putih
coklat cooking
manik hiasan

Cara
1. Gaulkan butter dan gula sehingga lembut.
2. Masukkan telur dan vanilla dan gaulkan lagi.
3. Masukkan badam dan tepung dan gaulkan lagi.
4. Buatkan sapeti bentuk buah kana kecil dan susunkan dalam loyang
5. Panaskan oven pada suhu 170'C selama 10 minit
6. Bakar dalam suhu selama 20 minit atau masak. Sejukkan dalam loyang.
7. Cairkan coklat cara double boiler dan celupkan biskut.
8. Masukkan biskut dalam paper cup. Biarkan beku.
9. Cairkan pula coklat putih secara double boiler dan masukkan dalam piping bag.
10. Pamkan/lorekkan coklat putih atas biskut yg telah di celupkan coklat tadi. Hiaslah mengikut suka hati.
11. Tunggu sampai biskut sejuk betui baru masukkan dalam bekas kedap udara
>>Adik yg tolong tabur manik coklat kaler2 tu..mula nak tabur almond nib, tgk dia dah angkut bekas manik tu..ikutkan jerr

Hazelnut Ball

BISKUT HAZELNUT BALLS
Sumber dr Hanieliza
Bahan
200 gm butter
50 gm shortening
160 gm gula
1 biji kuning telur
1 s/t vanilla
150 gm hazenut kisar ] < teman tukar serbuk badam
260 gm tepung gandum ] gaulkan rata
100 gm tepung jagung ]

hiasan
paper cup
coklat putih
manik hiasan

Cara
1. Gaulkan butter, shortening dan gula sehingga lembut.
2. Masukkan telur dan vanilla dan gaulkan lagi.
3. Masukkan badam dan tepung dan gaulkan lagi.
4. Buatkan sapeti bentuk bebola kecil dan susunkan dalam loyang
5. Panaskan oven pada suhu 170'C selama 10 minit
6. Bakar dalam suhu selama 20 minit atau masak. Sejukkan dalam loyang.
7. Cairkan coklat putih cara double boiler dan celupkan biskut.
8. Masukkan biskut dalam paper cup.
9. . Hiaslah mengikut suka hati.
10. Tunggu sampai biskut sejuk betui baru masukkan dalam bekas kedap udara

CREAM COKLAT PUTIH
Bahan
250 gm coklat putih
30 gm shoterning atau cocoa-butter

Cara1.Cairkan kedua-dua bahan dengan cara double boil sehingga semuanya cair.
2. Masukkan sedikit coklat putih dalam mangkuk kecil.
3. Celupkan biskut dan masukkan dalam paper-cup. Gunakan penyepit kecil

Marble Shortbread

Biskut Shortbread/Choco Batik (copy paste trus dr FP Maklang)
Sumber : Anis Adlina

Bahan (utk base biskut)
240g tepung gandum
100g gula kastor
80g serbuk badam
200g butter
90g susu tepung

Cara
1. Alas acuan pemotong 10x12 dengan kertas minyak (alas bhg basenya saje...)
2. Gaul kesemua bahan hingga sebati (adunan akan menjadi serbuk roti)...jgn kering nanti bkut berderai
3. Masukkan adunan ke dalam acuan. Tekan/canai adunan sehingga padat dan rata dlm acuan.Cucuk ngan garfu biar msk sekata
4. Tekan alat pemotong ke dalam adunan biskut dan bakar pada suhu 180 selama 12’.
5. Bila biskut masak, keluarkan alat pemotong dan biarkan sehingga biskut sejuk sebelum
dihias dengan coklat.

Bahan Hiasan
250g coklat masakan (boleh tambah jika suka banyak coklat)
200g coklat putih (kurangkan jika tak gemar corak sarat)
shortening (agak2 aje)

Cara
1. Cairkan coklat masak, kemudain tuang atas biskut yg telah disejukkan tadi.
2. Cairkan coklat putih, masukkan ke dalam beg piping dan lorekkan atas coklat masak.
3. Tarik coklat putih dengan lidi utk dijadikan corak batik.
4. Masukkan semula alat pemotong ked lm biskut dan sejukkan dlm fridge selama 10’ atau
sehingga coklat telah keras
5. Bila coklat dah beku, keluarkan alat pemotong dan pisahkan biskut sebelum menyimpan
biskut dlm bekas kedap udara.

Bisku Arab aka Crystall Ball


BISKUT ARAB aka CRISTALL BALL
(50-60 biji)
Sumber : Hanieliza FP..

Bahan
250 gm tepung gandum
125 gm gula halus
125 gm minyak sapi
pewarna..merah ..kuning dan hijau

Caranya:
1. Gaulkan semua bahan sehingga sebati.
2. Bahagikan adunan kepada 3 warna dan masukkan warna yg berlainan saperti merah, kuning dan hijau.
3. Bentukkan adunan saperi bebola dan cantumkan 3 warna saperti dalam gambar.
4. Masukkan dalam paper-cup dan bakar dalam 180'C selama 20-25 minit.
5. Bila dah sejuk taburkan gula halus.
5.Simpan dalam balang kedap udara

Swiss roll




KEK GULUNG/SWISS ROLL BATIK
Sumber : dr FP MakLang asal Apek
Loyang 12 x 12 inci - Dapar 2 Swissroll utk 1 adunan ini

Bahan-bahan
6 biji telur gred A @ B
4oz gula castor
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu bsr ovelet
3oz tepung gandum
1 sudu bsr susu tepung
4oz mentega cair
sedikit coklat emulco [serbuk koko]
Blueberry filling secukupnya

Caranya
1.Telur,gula,ovelet,baking powder,esen vanilla,tepung gandum dan susu tpg msk dlm bekas dan dipukul dgn kelajuan maksima sehingga gebu (5-7minit)
2.Adunan dah gebu akan jadi camni (sehingga warna bertukar putih)
3.Masukkan mentega cair,kemudian kacau rata ngan sudip kayu
4.Asingkan sedikit adunan tadi (skit je setakat nak buat line) ke dalam bekas lain,kemudian masukkan coklat emulco.Kacau rata kemudian masukkan adunan coklat ini ke dalam piping bag
5.Tuangkan adunan tadi ke dalam loyang kemudian ratakan permukaannya[/b]
6.Paipkan adunan coklat td di atas adunan yg diratakan dlm loyang
7.Lorekkan/corakkan dgn menggunakan lidi dari atas ke bawah
8.Bakar dlm oven selama 20 minit dgn suhu 170darjah celcius.
9.Apabila kek sudah masak dan sudah betui2 sejuk, terbalikkan ke atas sekeping kertas kemudian sapukan jem sehingga rata....tolong jgn sapu kuat2
10.Setelah jem disapu rata,gulung kek tadi perlahan2 sehingga kemas.

Bubur Candil

BUBUR CANDIL EMBAH AISHAH
Bahan2
1/2 peket tepung pulut
Air kapur
Air
Garam
(Gaul bahan di atas sehingga boleh diuli)

Gula Merah (nak kasik merah)
Gula Kabung
Sedikit air
Gula pasir (kalau x cukup manis)
Santan
Daun pandan

Cara2
- Jerang air panas, gentel2 tepung pulut (buat mcm guli) & masukkan dlm air panas..
- Bila dah timbul, angkat dan masukkan tepung td ke dlm air sejuk yg bersih..
- Buat smpi adunan habis..

- Masak semua gula dgn air sehingga hancur..
- Masukkan santan & daun pandan.
- Masukkan tepung yg siap direbus td (tepung sahaja yerr, ayo tu jgn ler masuk sekali )
- Kacau sehingga mendidih...
- Siap...

Gulai Ketam & Nenas

GULAI KETAM & NENAS
Bahan2
4 ekor ketam (sorg sekor..ckup lerr )
**Cili kering (nak pedas kasik lebih)
**Bawang merah
**Bawang putih
**Buah keras
**Kunyit hidup
2 batang serai (dititik)
3 helai daun limau purut
Santan Pekat
1/2 biji nenas (potong ikut suka)
Garam, gula & serbuk perasa

Cara :-
- Tumis bahan kisar hingga naik bau..masukkan serai..
- Masukkan ketam & sedikit santan...kacau sehingga ketam masak..
- Bila ketam dah masak, masukkan nenas, daun limau purut & baki santan..
- Kacau sehingga mendidih, perisakan dgn garam, gula & serbuk perasa..

Karipap Rangup

Pastri Karipap.
3 cwn tepung gandum
2/3 cwn minyak masak (panaskan)
Garam (bancuh dgn sedikit air)
Air secukupnyer...
Tenaga empat kerat utk menguli

> Campurkan tepung & minyak panas (hati2 sbb myk tu ckup panas yerr...
> Gaul tepung & myk sehingga rata, & masukkan air garam & air sedikit demi sedikit..uli sehingga licin..
> Ambil sedikit adunan & gelek..masukkan inti & klim tepi karipap.
> Panaskan minyak & goreng hingga masak.

Petua untuk mendapat kulit karipap licin & tidak tumbuh ruam ialah
GUNA API PERLAHAN...MASUKKAN KARIPAP KETIKA MINYAK BELUM PANAS (SUAM2 KUKU GITU)..PAS TU GORENG LER SEHINGGA MASAK..IA MENGAMBIL MASA, TP KULIT KARIPAP AKAN LICIN...WALLAHUALAM...

Kek Butter Tradisional


lama sungguh x buat kek ni..
Sepesel request dr kakak saya...dia kata, nak mkn kek yg macam buat kt kampung dulu...(tp dulu bako ngan sabut kelapa...

Bahan2 :-
  • 2 cawan gula halus
  • 2 X 250g butter
  • 6 biji telur ayam sederhana besar
  • 2 camca teh esen vanila
  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan susu pekat manis

Cara-cara

  1. Mula-mula, masukkan gula n butter ke dalam mangkuk adunan n gaul sampai sebati.
  2. Then, masukkan sebiji telur n gaul sampai telur kembang. Bila dah kembang, msuk lagi sebiji. Ulang proses ni sampai semua telur berjaya dimasukkan.
  3. Tambah esen vanila n gaul lagi.
  4. Masukkan pula tepung naik sendiri n gaul.
  5. Then masukkan tepung gandum, gaul lagi smpai rata.
  6. Last but not least, masukkan susu pekat manis. gaul sikit lagi, then boleh la masukkan adunan dalam loyang. (P/s: jangan lupa sapu loyang dengan butter dulu supaya kek tak melekat pada loyang =)
  7. Bakar dalam oven pada suhu 130 djh celcius slama sejam atau sehingga masak. (kalau nak tgk dh masak ke blum, cucuk tgh2 kek dgn hujung garfu. kalau takde kesan adunan terlekat kat kek, dah masak la t

Udang Goreng tepung


Geram tgk udang yg Maz Ilham dapur, akk pun tingin gak.....selalu buat langsung x lawo...kali nih, jd & sedap banget...cukup mudah..tq Maz..

Bahan2
1/2kg Udang (buang kepala & kulit badan sahaja)

1/2 cawan tepung gandum
Garam secukup rasa (saya guna Maggi cukup rasa..lagii mabelesss)
sedikit kunyit
Sedikit daun sup, cincang halus
1/2 sudu teh baking powder
Air secukupnyer..

- Bancuh semua bancuhan tepung dgn air...agak2 saja seperti bancuhan membuat goreng pisang.
- Panaskan minyak dalam kuali
- Golekkan udang dlm tepung dahulu & kemudian celup kedalam bancuhan tepung.
- Goreng hingga kekuningan.


Roti sekaya Rangup


Jenguk2 dapur mamasya....tgk dia buat roti goreng nih..
baca resipi sekali lau..x igt lak apa nama resipi nih...sori yer yg empunya resipi...gue lupaaa...

Bahan :-
Sebuku roti sandwich
Kaya

setengah cawan tepung gandum
1 sdb gula
1 biji telur
sedikit pewarna kuning telur
air utk membancuh

- Sapu roti dgn kaya & ptong empat
- Satukan tepung, gula & telur..bancuh dgn air..guna wisk lg senang.
(adunan seperti kita nak goreng pisang)
- panaskan minyak.
- Celup roti dalam tepung..goreng sehingga kekuningan.

Saturday, January 22, 2011

Almond Chocolate Brownies

Almond Chocolate Brownies
Bahan2
1 cwn mentega
1 cwn serbuk koko
4 biji telur
1½ cwn gula
1½ cwn tepung gandum
1sdt baking powder
1 sdt esen vanilla
½ cwn badam cincang

Cara2 :-
> Cairkan mentega & masukkan serbuk koko (kacau rata - gunakan whisk)
> Pukul telur & gula hingga hancur (guna whisk saje)
> Masukkan campuran mentega & koko - gaul rata.
> Masukkan esen vanila
> Tambah tepung yg telah diayak dgn baking powder sedikit demi sedikit
> Masukkan badam cincang (boleh juga tambah dgn parutan kulit oren)
> Masukkan kedlm loyang yg telah dialas dgn gris paper (biarkan gris paper terjuntai supaya mudah utk mengeluarkannya)
> Bakar dlm oven selama ½ jam guna api atas bawah.

Almond Choc. Chips Cookies

Almond Choc. Chips Cookies


Bahan-bahan
Bahan A
250 g Margerine
160 g gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla

Bahan B [gaul rata]
230 g tepung gandum]
20 g serbuk koko ] ayakkan
100 g coklat cips
50 g white coklat cips [boleh gantikan dgn coklat rice]
50 g badam cincang [roasted]
50 g nestum

Cara Memasak
1. Gaulkan butter dan gula sehingga sebati.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau rata.
3. Masukkan bahan B perlahan dan kacaukan dengan senduk kayu.
4. Sudukan adunan kecil2 [besar guli] dalam loyang.
5. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 180'C selama 25 minit atau sehingga masak.
6. Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara

Biskut Dahlia

Biskut Semperit (copy paste trus dr FP Maklang)
Sumber : norazie

Bahan-bahan
300g butter (nak rasa lemak guna butter scs)
160g gula aising
100g tepung jagung
160g tepung kastard
240g tepung gandum (teman tmbah 2 sdb lg sbb masa bakar kelopak bunga jatuh..)
2 biji kuning telur

Hiasan
Ikut suka dan kehendak masing2. Pancitan coklat masak putih & coklat, celup dgn coklat pun boleh, ceri, celorak celorik dgn garisan coklat...

Cara-cara
1. Pukul buter, gula aising hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur, kacau sebati.
3. Masukkan semua jenis tepung, gaul dan uli sebati.
4. Terap atas loyang. Utk hiasan ceri, atau coklat chip, boleh letakkan sekali.
5. Bakar 150C selama 20 minit. (teman bako 10min jer ikut ovem teman, itu pun dah perang2 kit)
6. Untuk pancitan coklat/putih, pancitkan setelah biskut masak dan sejuk

Rich Chocolate Pudding

Rich Choc Pudding by junjs11@myresipi
Bahan-bahan ( 1 loyang sederhana besar )
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter
1 paket serbuk agar2 (10-11gm)

Cara-cara
>Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
>Masukkan butter, kacau hingga pekat.
>Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.
....psssttt! ni akak tambah cara yer..untuk puding ni n puding2 lain, kalu nak senang keluarkan bila dah beku, basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding..bila dah beku, insyaAllah senang nak keluarkan
.

Kacang Kuda Peda

Kacang kuda pedas
250gm kacang kuda (rendam semalam & rebus hingga empuk)
Cili kering / cili giling
1 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
sedikit belacan
Gula / Garam / Serbuk perasa
Daun Kari

>Tumis bahan2 diatas spt membuat sambal ikan bilis, masukkan kacang kuda & daun kari..
> Siap..

Ayam Sos plum

Ayam Sos Plum
Bahan2
Isi Ayam secukupnya
1 biji telur
Tepung jagung

2 ulas bawang putih (tumbuk)
½ inci halia (tumbuk)
3 sdb sos plum
1-2 cwn air
Sedikit tepung jagung utk memekatkan kuah
1 sdt minyak bijan
1 biji cili merah (buang biji & potong dadu)
1 biji capsicum (potong dadu)
Cili padi (potong halus)
Daun Bawang

Cara2:-
1- Potong isi ayam (memanjang) dan celur pada telur, salut dgn tepung jagung & goreng hingga masak.
2- Tumis bawang putih & halia sehingga wangi, masukkan air.
3- Masukkan sos plum, kacau rata..
4- Masukkan bancuhan tepung jagung, kacau hingga pekat.
5- Tambah dgn myk bijan...perisakan dgn garam & serbuk perasa jika perlu.
6- Apabila kuah sudah mendidih, masukkan semua hirisan cili.
7- Tutup api, curang atas isi ayam & tabur dgn daun bawang.

Marble Chocolate Cheese Cake

MARBLE CHOCOLATE CHEESE CAKE (Roylazim) Sumber ; FP MamaFami

Ingredients A :
180 g butter
20 g cocoa powder
170 g castor sugar (I reduced to 150 g only)
3 eggs
120 g self-raising flour
1 teaspoon baking powder

Ingredients B :

250 g cream cheese
60 g castor sugar
1 teaspoon vanilla essence
1 egg

Method :

1. Sift self-raising flour, baking powder and cocoa. Set aside.
2. Cream butter and sugar.
3. Add in eggs (ingredient A), one at a time.
4. Add in the sifted ingredients and mix well.
5. In another bowl, beat all ingredients in B till light.
6. Prepare a 7" tray, line with grease-proof paper. I used an 8" x 8" tray. Pour in one part of ingredient A's mixture into the tin. Spread evenly. Then pour the whole ingredient B's mixture on top and spread evenly. Finally pour the balance of ingredient A's mixture on top and spread nicely to cover the whole area.
7. Bake in a pre-heated oven at 160 C for 1 hour.

kek ini bertambah sedap jika dikukus..hasil akan lebih lembut & lembab

Swiss Roll Rainbow - cubaan pertama

SWISS ROLL BATIK COKLAT - mana yg condong2 tu teman tuko sesuka hati teman...
(loyang 8 x 11 inci)

Bahan-bahan :

3 biji telur gred A @ B
2 oz gula castor (teman guna 1 cawan)
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu besar ovallete
1.5 oz tepung gandum, keluarkan 1 1/2 sudu besar tepung (teman guna 1 cwn tepung sbb teman x guna serbuk coklat)
1/2 sudu besar susu tepung
2 oz mentega cair (1 cwn )
1 1/2 sudu besar serbuk koko (teman x guna sbb tuko kaler merah & hijau)
butter icing secukupnya

Kaedah penyediaan :

- Telur, gula, ovallete, baking powder, esen vanilla, tepung gandum dan susu tepung dipukul dengan kelajuan maksima sehingga gebu (5-7minit)
- Asingkan 1 1/2 sudu besar adunan putih dan masukkan ke dalam piping bag.
- Masukkan serbuk koko ke dalam adunan putih di dalam mixer dan pukul selama 1 hingga 2 minit agar serbuk koko sebati.
- Masukkan mentega cair, kemudian kaup balikkan biar rata.
- Tuangkan adunan koko tadi ke dalam loyang kemudian ratakan permukaannya.
- Paipkan adunan putih tadi di atas adunan yg diratakan dlm loyang
- Lorekkan/corakkan dgn menggunakan lidi
- Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170 C selama 20 minit, api atas dan bawah.
- Apabila kek sudah masak, keluarkan dari oven ke atas redai. Biarkan sejuk. Letakkan sekeping kertas di atas bahagian yang berlorek kemudian terbalikkan.
- Keluarkan kertas alas semasa membakar. Sapu permukaan dengan butter icing.
- Gulung kek tadi perlahan-lahan dan cermat.
- Balutkan dengan cling film dan simpankan di dalam peti ais untuk mengentalkan buttercream.
- Potong dan hidangkan.

Ayam Pandam

Ayam Pandan
Bahan :-
Isi Ayam (teman beli isi dada ayam - 2 peket)
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup (bau & rasa lebih sedap jika guna kunyit idup)
1 inci lengkuas
1 kiub pati ayam
Sedikit sos tiram
Sedikti garam
Daun Pandan secukupnya.

> Tumbuk lumat semua bahan di atas dan gaul dgn ayam - perat selama 1/2 jam (lg lama lg sedap)
> Bungkus dgn daun pandan (bungkus mcm buat lepat pulut)
> Goreng dgn myk yg byk...guna api perlahansupaya ayam masak dgn sempurna.

Rosemary Grill Chicken & Brown Sos

Rosemary Grill chicken

Bahan :-
4 Ketul Chicken tight
4 biji kentang
2 biji carrot
1 biji lemon
3 ulas bawang putih
4 sudu besar lada hitam
1 sudu besar rosemary
1 sudu besar minyak masak
2 sudu besar sos lada hitam

> Rebus kentang, carrot & lemon (hingga empuk)
> Tumbuk halus bawang putih, lada hitam & rosemary
> Campurkan dgn myk masak & sos lada hitam..
> Lumur pada ayam..perahkan air lemon pada ayam..
> Susun atas wirerack (bwh wirerack tu ltkkan loyang) ayam, kentang, carrot & bawang besar tadi..
> Bakar selama 1 jam

Brown Sos @ Sos Lada Hitam > versi asal from myresipi
Bahan :-
1 labu bawang besar
1 kiub pati ayam
2 cwn air
(Rebus bahan di atas & tapis)
1 sdb butter / margerin
1 sdb tepung gandum
1 sdb sos tiram
1 sdb sos tomato
3 sdb serbuk lada hitam
sedikit kicap pekat

> Cairkan butter & masukkan tepung (kacau sehingga tidak berbintil)
> Masukkan air rebusan, lada hitam, sos tiram, sos tomato & kicap pekat..
> Kacau sehingga pekat & perisakan dgn garam..

Nasi Tomato & Kobis suhun goreng cili


Nasi Tomato ala Jasmeen
3 cwn beras (kalau brasmathi lagi bagus)
2 sdb minyak sapi
3 serangkai (Bunga lawang, kayu manis & pelaga)
1 labu bawang besar (hiris nipis)
2 biji bawang putih (hiris nipis)
1 inci halia (hiris nipis)
2 helai daun pandan
3 cwn air
1 cwn susu cair
4 sdb tomato puree
1 kiub ayam
garam

>>Basuh beras & toskan (Masukkan dlm rice cooker)
>>Panaskan myk sapi, tumis 3 serangkai
>>Masukkan bawang dan halia..(tumis sehingga wangi)
>>Masukkan air, susu & tomato puree..
>>Masukkan daun pandan, kiub ayam & garam..kacau sehingga rata..
>>Tuang kedlm rice cooker & masak seperti biasa..
>>Tabur dgn daun sup & bawang goreng..hidang (teman pya nasi nmpk togel sbb bende2 ni kehabisan stok
)

Ayam masak madu

Ayam Masak Madu by Sha annur@myresipi
Bahan-bahan ( 2-4 )
1/2 ekor ayam
garam
kunyit
1 sudu rempah kari ayam
3 ulas bawang putih
1 inch halia
bawang besar
cili kering (guna cili boh)
madu
gula merah
sos/tomato puree
air

Cara-cara
Potong ayam mengikut keselesaan. Perapkan bersama bawang putih dan halia yang sudah ditumbuk, serta garam, kunyit dan rempah kari.
Ketuk2 ayam untuk asing dari rempah perapan. Simpan bhn perapan untuk kuah. Goreng ayam hingga masak, ketepikan.
Panaskan minyak, goreng bawang besar hingga layu. Masukkan lebihan rempah perapan tadi dan cili kering. Tumis hingga terbit minyak.
Masukkan tomato puree, madu, gula merah & air. Kacau.
Jika hendak ayam lembut, masukkan semasa masih banyak kuah . Jika hendak garing, tunggu kuah pekat baru masukkan ayam.
Siap untuk dihidang. Boleh taburkan bwg goreng atau daun sup

Seri Kaya

Seri Kaya

sumber : Ngah2 dari melayu.com

Bahan-Bahan
1 cawan gula + 1 cawan air - buat gula hangus dan sejukkan (4)
1 cawan gula + 3 biji telur - dipukul sehingga sebati (1)
1 ½ cawan santan (2)
2 sudu makan tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air (3)

Cara
1. Campur semua bahan ikut turutan...(1), (2), (3) dan (4)
2. Masak dgn api sederhana panas dan kacau hingga pekat/mendidih.(lbh kurang
20 minit)

• Kalau nak warna boleh diwarnakan mengikut kesukaan masing-masing.(maklang letak pewarna kuning skit)..ngancam kaya den..
• Kalau tidak biarkan warna asli saja.
• Kalau gula hangus hitam maka pahitlah nanti seri kayanya.
* nak letakkan perisa pandan pun boleh jugak
* bila ngah dah cuba...agak manis...boleh kurangkan gula kalau tak suka
manis...
* boleh dapat lbh kurang 500 ml sekaya...
* nak wangi,boleh letak daun pandan

Pulut Panggang

Pulut panggang..(x der sukatan yerr...agak2)
Bahan2
Pulut tanak (tanak ngan santan yerr)
Inti :-
Kelapa parut (teman guna kelapa yg belum tua sgt..)
Cili kering or cili giling
Bawang merah
Bawang putih
Serai
Udang kering
(Kisar semua bahan diatas)
>>Gaul dengan kelapa parut..
>>Tambah garam, gula & sedikit serbuk perasa..Gaul kasik rata..
>>Sangai (goreng tanpa minyak) sehingga kering
>>LEtak pulut atas daun pisang..penyek2kan, ltk inti, gulung n balut ..semat ngan lidi or stapler
>>Bakar atas api yg kecil..
.

Bubur Kacang Durian

Bahan :-
1/2 kg kacang hijau..rebus hingga empuk bersama daun pandan.
2 helai daun pandan
3-4 cawan santan
Gula pasir secukupnyer
5-6 ulas durian

>> Masukkan separuh dr santan kedlm kacang yg tlh di rebus.
>> Masukkan durian..kacau rata..
>> biar mendidih sebentar.
>> Masukkan gula sedikit demi sedikit (manis ikut suka.
>> Kacau rata & masukkan baki santan.
>> Tunggu sehingga mendidih.
>> Enak di makan bersama pulut tanak...

Chicken Drummet Sweet Sour

Chicken Drummet Sweet Sour
(4 org makan)
8 ketul Chicken drummet Ayamas
2 ulas bawang putih (cincang halus)
1 inci halia (hiris panjang)
1 labu bawang besar (potong nipis)
Sos cili
Sos tomato
sedikit cuka
gula
garam & serbuk perasa secukup rasa..
Sedikit tepung jagung (bancuh dgn air)
Capsicum / nenas / tomato (apa2 jer yg dlm peti ais tu...kalo pucuk ubi, x sesuai lerrr)

>>Goreng ayam (deep fry) sehingga masak
>>Tumis bawang putih, halia & bawang besar..
>>Masukkan sos cili, tomato..kacau rata..masukkan sedikit air..(kalau nak byk kuah, lebihkan air)
>>Masukkan cuka & gula...kacau rata..
>>Masukkan bancuhan tepung jagung...kacau hingga pekat..perisakan dgn garam & serbuk perasa..
>>Bila dah pekat, masukkan capsicum / nenas / tomato..masak hingga mendidih.
>>Curah atas ayam yg siap digoreng tadi...
>>Hidang...

Choc. Moist Cupcake

MOIST CHOCOLATE CAKE (copy paste from MamaFami FP..harap halal yerr)

Ingredients :

250 g butter
2 cups castor sugar
2 3/4 cups flour (I used cake flour)
4 eggs
1 teaspoon bicarbonate soda
1 teaspoon vanilla essence
1 cup cocoa powder (teman bubuh 1/2 cwn coco, 1/2 cwn milo + 1 sdb nescafe)
1 1/2 cup water

Method :

1. Mix cocoa powder with water and set aside.
2. Sift flour and bicarbonate of soda 3 times and set aside.
3. Cream butter and sugar.
4. Beat egg till fluffy.
5. Pour the eggs into the creamed mixture a bit at a time.
6. Add in vanilla essence.
7. Fold in the sifted dry ingredients into the mixture.
8. Pour in the cocoa mixture and keep folding.
9. Bake for 1 hour 15 minutes or till done
.

Kuih bakar jagung

Teh dangdut

Mini Sardine Roll

Mini Sardine Rolls
Bahan:-
Roti sandwich
1 tin kecil sardin
Bawang besar- hiris nipis
Garam seckup rasa
Sedikit tepung (bancuh dgn sdkt air utk dibuat gam)
Telur
Serbuk roti / bread crumb

> Tumis bawang besar, masukkan sardin & penyek2kan sardin dlm kuali sehingga lumat...(masa ni kalo tgh lps geram mmg lumat abih sardin )
>Perisakan dgn garam..
>Gelek roti sehingga nipis..(sbb mini, sekeping roti teman potong dua)
>Masukkan inti & gulung..gam dgn tepung td..
>Celup kedlm telur, golekkan atas serbuk roti (golek smpi tebal yerr)..
>Goreng dgn api perlahan hingga kekuningan...
>Siap...& hidang dgn sos..