Saturday, January 29, 2011

Swiss roll




KEK GULUNG/SWISS ROLL BATIK
Sumber : dr FP MakLang asal Apek
Loyang 12 x 12 inci - Dapar 2 Swissroll utk 1 adunan ini

Bahan-bahan
6 biji telur gred A @ B
4oz gula castor
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu bsr ovelet
3oz tepung gandum
1 sudu bsr susu tepung
4oz mentega cair
sedikit coklat emulco [serbuk koko]
Blueberry filling secukupnya

Caranya
1.Telur,gula,ovelet,baking powder,esen vanilla,tepung gandum dan susu tpg msk dlm bekas dan dipukul dgn kelajuan maksima sehingga gebu (5-7minit)
2.Adunan dah gebu akan jadi camni (sehingga warna bertukar putih)
3.Masukkan mentega cair,kemudian kacau rata ngan sudip kayu
4.Asingkan sedikit adunan tadi (skit je setakat nak buat line) ke dalam bekas lain,kemudian masukkan coklat emulco.Kacau rata kemudian masukkan adunan coklat ini ke dalam piping bag
5.Tuangkan adunan tadi ke dalam loyang kemudian ratakan permukaannya[/b]
6.Paipkan adunan coklat td di atas adunan yg diratakan dlm loyang
7.Lorekkan/corakkan dgn menggunakan lidi dari atas ke bawah
8.Bakar dlm oven selama 20 minit dgn suhu 170darjah celcius.
9.Apabila kek sudah masak dan sudah betui2 sejuk, terbalikkan ke atas sekeping kertas kemudian sapukan jem sehingga rata....tolong jgn sapu kuat2
10.Setelah jem disapu rata,gulung kek tadi perlahan2 sehingga kemas.

No comments:

Post a Comment