Monday, February 3, 2014

Puding laici


Assalamualaikum...
Ya Allah, lama nya x jenguk dapur nih..sian tetamu yg dtg..asik hidang benda yg sama berbulan2...hikhik..jgn mara no....

Kali ni makcik nak share puding yg simple..sebenonya dh lama dh buat..standard la, peram gambar smpi lebam...hihihi


 Puding laici
Bahan-Bahan:
sebungkus agar-agar (25g)
1 tin buah laici
1 tin susu cair
3 cawan gula
4 cawan air
Cara:
buah laici dan airnya disingkan. buah laici dihiris nipis-nipis.
agar-agar dimasak besama 4 cawan air serta air dr tin laici sehingga ianya cair sepenuhnya.
kemudian masukkan 3 cawan gula dan dibiarkan ianya cair.
setelah gula cair, masukkan buah laici yg telah dihiris tadi.
biar mendidih sebentar kemudian masukkan susu cair.
kacau sehingga sebati, biarkan mendidih sedikit.
tutup api dan masukkan kedalam bekas.
sedia dimakan setelah ianya beku.
Cadangan Hidangan:
masukkan ke dalam peti sejuk. ianya lebih sedap sekiranya dimakan ketika sejuk.