Saturday, January 22, 2011

Swiss Roll Rainbow - cubaan pertama

SWISS ROLL BATIK COKLAT - mana yg condong2 tu teman tuko sesuka hati teman...
(loyang 8 x 11 inci)

Bahan-bahan :

3 biji telur gred A @ B
2 oz gula castor (teman guna 1 cawan)
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu besar ovallete
1.5 oz tepung gandum, keluarkan 1 1/2 sudu besar tepung (teman guna 1 cwn tepung sbb teman x guna serbuk coklat)
1/2 sudu besar susu tepung
2 oz mentega cair (1 cwn )
1 1/2 sudu besar serbuk koko (teman x guna sbb tuko kaler merah & hijau)
butter icing secukupnya

Kaedah penyediaan :

- Telur, gula, ovallete, baking powder, esen vanilla, tepung gandum dan susu tepung dipukul dengan kelajuan maksima sehingga gebu (5-7minit)
- Asingkan 1 1/2 sudu besar adunan putih dan masukkan ke dalam piping bag.
- Masukkan serbuk koko ke dalam adunan putih di dalam mixer dan pukul selama 1 hingga 2 minit agar serbuk koko sebati.
- Masukkan mentega cair, kemudian kaup balikkan biar rata.
- Tuangkan adunan koko tadi ke dalam loyang kemudian ratakan permukaannya.
- Paipkan adunan putih tadi di atas adunan yg diratakan dlm loyang
- Lorekkan/corakkan dgn menggunakan lidi
- Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170 C selama 20 minit, api atas dan bawah.
- Apabila kek sudah masak, keluarkan dari oven ke atas redai. Biarkan sejuk. Letakkan sekeping kertas di atas bahagian yang berlorek kemudian terbalikkan.
- Keluarkan kertas alas semasa membakar. Sapu permukaan dengan butter icing.
- Gulung kek tadi perlahan-lahan dan cermat.
- Balutkan dengan cling film dan simpankan di dalam peti ais untuk mengentalkan buttercream.
- Potong dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment