Friday, March 25, 2011

Banana Chiffon Cake




BANANA CHIFFON CAKE

Bahan A
7 biji putih telur
3 oz gula halus
1 sudu teh cream of tartar

Bahan B
7 biji Kuning telur
4 oz gula halus
3 oz minyak masak
3 oz Air
7 oz tepung naik sendiri (tepung gandum diayak dgn 1 sdt baking powder)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
2 sudu besar tepung susu
2 bijik pisang yg BESAR ~

Caranya:
1) Pukul bahan A sampai bertanduk/ mengeras. Ketepikan.
2) Pukul semua bahan B kecuali tepung naik sendiri.
3) Selepas semua sebati masukkan tepung sikit demi sikit dan pukul lagi.
4) Masukkan kedalam adunan A sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan guna spatula satu arah sahaja.
5) Masukan dalam loyang berlubang dan bakar 140'c sampai masak.
6) Bila dah masak.. keluarkan kek dari oven dan terus terbalikkan loyang sehingga kek benar2 sejuk.
7) Keluarkan kek dari loyang dan bolehlah dipotong

Nota: semasa mengacau pastikan
1) Kacau perlahan dengan satu arah
2) Pastikan semua putih telur tergaul kalau tidak bila kita masak ada ketulan putih jadi bila kita potong kek tu jadi tak halus dan tak cantik

No comments:

Post a Comment