Sunday, March 13, 2011

Pandan Layer cake

Lagi satu kek yg sodap kegemaran warga emas...
Kek Span Pandan (Sumber Chef Noraini Zakaria)
5-6 biji telur
1 sdb ovellet
90 gm gula castor
100gm tepung gandum / superfine
1 sdt esen pandan / pandan emulco
1 sdb minyak masak

>>Pukul telur + ovellete hingga kembang 2X ganda
>>Masukkan gula sedikit demi sedikit..pukul lg hingga putih
>>Masukkan tepung…pukul lg
>>Masukkan esen pandan
>>Masukkan minyak masak…gaul rata jgn terlalu lama nnti sponge berminyak.

Cara menyediakan adunan pandan:

1050g santan cair
225g gula castor
2 sudu teh serbuk agar-agar
1 sudu teh esen pandan
75ml jus pandan
100 gm tepung hoenkwe hijau
2sdb mentega

Untuk hiasan - kelapa parut kering

Semua bahan di atas di masak di atas api sederhana, kacau selalu hingga ia jadi pekat.

Untuk menyediakan kek, mula2 sediakan bekas yg lebih besar sedikit dari saiz kek. Tuangkan adunan pandan, biar sekejap, letakkan kek, tuangkan adunan pandan lagi, tuang lagi adunan dan ulang hingga semua selesai. Jangan tutup kek terakhir dengan adunan pandan, cuma kemaskan tepi2 yang kosong sahaja. Sejukkan di dalam peti ais. Setelah itu, keluarkan dari bekas dan salutkan dengan kelapa kering


No comments:

Post a Comment