Friday, March 25, 2011
Ayam Masak Merah
by:
Jasmeen HomeDelight
Ayam masak merah
½ ekor ayam bersihkan & tos, gaul dgn garam + kunyit - goreng sebentar.
Bahan untuk dikisar:
10 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 btng serai
1 inci lengkuas
2 sdb tomato puree
2 sdb Sos cili
½ cawan susu cair
1 labu bawang besar,,potong gelang
minyak masak
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa
Cara:
1. Pijarkan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang sudah dikisar hingga garing.
2- Masukkan tomato puree & sos cili, kacau sebati.
3- Masukkan susu cair, kacau lagi.
4. Setelah itu masukkan ayam, bawang besar, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
5. Gaulkan hingga sebati dan rata.
6. Apabila telah kering bolehlah diangkat.
Labels:
Ayam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam, bestnya nasi minyak n ayam masak merah...tadi siang sya pun masak ayam merah dgn nasi tomato..
ReplyDelete