Friday, July 29, 2011

Puding Tembikai


Satu lagi resipi pencuci mulut...

Puding tembikai
(sumber dari MyResipi & Blog kakNor Secubit Garam)

Bahan-bahan ( Loyang 4 segi 7 inci )

  • 1 paket agar-agar tali (15-20gm)
  • 4 keping roti gardenia*
  • 1 3/4 cawan susu cair*
  • 6 cawan air
  • 1 cawan susu pekat*
  • 1/2 cawan gula (saya kurangkan dr 11/2cwn..inipun masih manis lg)
  • 2 sudu besar mentega
  • sedikit esen vanilla
  • Bijan Hitam/ Cincau/ Kismis Hitam/ Biji Selasih (opional utk biji tembikai..tak letak pun x pe)

Cara-cara

  1. Masak agar2 bersama gula dan air hingga agar2 dan gula hancur
  2. Sementara itu, rendam roti dalam susu cair dan carik-carikkan. Blend halus semua bahan yg bertanda *
  3. Setelah agar2 dan gula hancur, masukkan bahan blend ke dalam periuk, juga masukkan esen vanilla dan mentega.Kacau hingga mendidih dan pekat sedikit.Tutup api.
  4. Ambil sedikit adunan dan warnakan hijau (sebagai kulit tembikai) Saya Agak2 je ketebalan kulit tembikai ni. Biar keras sedikit.
  5. Lapiskan sedikit warna asal diatas lapisan hijau tadi. Biar keras sedikit
  6. Puding_tembikai4
    Adunan selebihnya diwarnakan merah, lapiskan perlahan2 diatas lapisan putih/warna asal tadi. Taburkan potongan cincau tadi sebagai biji tembikai. Biar sejuk.Simpan ke dalam peti sejuk

Puding Caramel tanpa telur

Selamat menyambut Ramadhan al-mubarak..
Alhamdulillah, ditemukan sekali lg dgn RamadhanMu Ya Allah...semoga ibadahku mendapat keredhaanMu...


Dah nak start berpuasa, makanyer akan traffic jam ler blog masak2....semua dok carik idea nak buat berbuka puasa...kan kan...

Puding ni pun dari koleksi Fotopages saya....mmg sedap sbb x berbau telur....sbb kalau puding caramel yg ori tu, mmg terasa betul telurnya...pada sesiapa yg x gemar manis, boleh kurangkan gula yer...

Selamat mencuba..




Puding Caramel tanpa telur
Sumber : Myresipi

Bahan A
2 senduk gula
1/2 cwn air

Bahan B
1 bungkus agar-agar serbuk
4 cawan air
2 1/2 senduk gula

Bahan C
1 tin susu cair(lebih kurang 400g)
2 sudu makan tepung kastard
1 sdt vanilla
(Campur sebati semua bahan C)

Cara-cara
1.hanguskan gula cam buat karamel utk puding karamel yang lain gak...biasanya saya hanguskan gula terus atas acuan,bila da kaler emas tuang air sikit..pastu ketepikan..

2.Dalam periuk didihkan bahan B. kecilkan api kemudian masukkan bahan C. kacau rata selama lebih kurang 3 minit @ sehingga adunan sedikit likat dan pekat. Matikan api, tuang adunan dalam acuan yang berisi gula hangus.

3.Bekukan sebentar, dan hidang. (lebih sedap dihidang sejuk-sejuk).

Saturday, July 9, 2011

Air Jimi Asmara

Air Jimi Asmara...
Bahan...
Air
Sedikit Sunquick
Pewarna Hijau
Sedikit Esen Pisang
Gula
Ayo Batu

Air sedap & menyamankan sewaktu musim panas....

Kurma Ayam


Kurma Ayam

1kg Ayam - potong & basuh bersih
2 biji kentang besar - potong baji
2 biji cili merah 0 belah 2

1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
(mayang halus)

bahan tumis
1 batang kayu manis
bunga lawang
2 sdb minyak masak
3 sudu besar rempah kurma - bancuh dgn sedikit air (jadikan paste)

1 kotak santan
1 cawan air
Garam & serbuk perasa

- Panaskan minyak, & tumis bahan rempah & masukkan bahan2 yg dimayang. Tumis hingga wangi.
- Masukkan rempah kurma, tumis hingga wangi, kemudian masukkan ayam & kentang..
- Masukkan sedikit air & tggu sehingga ayam & kentang empuk.
- Bila ayam dh masak, masukkan santan & cili masak.
- Perisakan dgn garam & serbuk perasa.
- Biarkan mendidih...siap utk dihidangkan..



Kuih Lapis


Buat lg kuih lapis...kali nih buat byk kaler...nmpk meriah...konon2 nk potung guna acuzn biskut..tp kuih blum sejuk dh potong, sememeh rupanya...

Kuih Lapis

Bahan
2 cawan santan
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir
2 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung ubi
1 sudu teh garam
Pewarna merah & kuning

Cara:
1) Gaulkan semua bahan sehingga sebati (kecuali pewarna) dan tapiskan. Bahagi kepada dua bahagian.
2) Satu bahagian warnakan kuning, dan sebahagian lg warnakan merah
3) Panaskan kukusan.
4) Tuang sesenduk lapisan kuning kedlm loyang, & kukus selama 5 minit.
5) Tuangkan pula sesenduk adunan berwarna merah..
6) Ulang sehingga semua adunan habis..& kukus lg selama 30 min.
7) Sejukkan, & boleh lah dipotong mengikut kesukaan masing2.

Sunday, July 3, 2011

Whipped potato & Black pepper sauce

Lepeh ni x yah pi kepsi lg yerkkk...kita godek kt omah jerk....


Kentang putar dgn Sos Black pepper (4 org mkn)
Kentang putar
3 biji kentang russet (besau pya) - kupas & rebus kasik empuk
1 sdb Butter or Margerin
5 sdb Susu segar or Susu cair
Secubit garam

- Kentang yg dah empuk, tos & tumbuk kasik lumat.
- Cairkan butter, masukkan susu...kacau kasik sebati.
- Masukkan garam..kacau lg
- Masukkan bancuhan butter ke dlm kentang td....kacau smpi sebati...
- Senduk ler guna scoop ice cream..kalo nak lawo bebulat mcm KFC tu yerr...


Gravy (Black pepper sos)
1 sdb lada hitam (tumbuk lumat)
2 sdb butter / margerin
11/2 sdb tepung jagung
21/2 cwn air
1 kiub ayam
Sedikit kicap - sy guna kicap cap udang jer

- Cairkan butter.
- Bancuh tepung jagung dgn air hingga larut.
- Masukkan ke dlm butter cair...
- Masukkan kiub ayam & serbuk lada hitam.
- Kacau sehingga likat & mendidih.
- Masukkan sedikit kicap utk lebih warna gelap.
- kalo x ckup masin, bleh ltk sket garam

Cheezy Wedges

Ala2 KFC pya tuuuu....sodap oooo

CHEESY WEDGES


Bahan2 :

500g frozen wedges
5 sliced cheese (yang kaler oren pya yerr..)
1 sudu besar butter
1 sudu besar tepung
1/2 cawan susu segar
2 sudu besar plain yogurt
Mayonaise secukupnya

Cara :

1. Goreng wedges hingga keemasan...tos & ketepikan.
2. Cairkan butter dlm kuali, dan masukkan tepung gandum...kacau sehingga sebati.
3. Tambah susu segar, & kacau lagi sehingga pekat.
4. Tambah cheese, sambil kacau sehingga semua cheese cair.
5. Tambah yogurt & kacau rata.
6. Masukkan sos & mayonise kedlm piping beg berasingan...picitkan ke atas wedges yg tlh digoreng td...
Siap utk di hidang...

Sardin Roll Ala Sheila Rusly


Roll ni sedap...crispy & x berminyak....

Sardin Roll Sheila Rusly
(saya dah modified ikut stail saya)

Bahan :-
Beberapa keping roti sanwich (buang tepi & gelek nipis)
Sedikit bancuhan tepung gandum sebagai gam

Inti :-
1 tin sardin (sya guna yg midle size)
1 labu bwg besar
2 ulas bwg putih
Sayur campor
Sedikit lada hitam
>>Nak lg pedas..tmbh hirisan cili padi..
Minyak utk menumis

Cara :-
1- Panaskan myk..& tumis bawang sehingga layu
2- Masukkan sardin (saya x buang air + lenyek2 jer ikan tu dlm kuali ngan sudip)
3- Masukkan sayur campur + lada hitam...
4- Kacau sehingga kuah kering...
(Bila dah masak & kuah kering, masukkan inti ni dlm penapis santan utk keluarkan segala myk tu...)

>> Isi inti dalam roti kemas2, & gam hujung dia....(nmpk x ghoper lam gambo tu )
>> Goreng dgn api perlahan sehingga kuning keemasan...
Siap!!!...

Sup Daging Ala Chef Wan


Sup yg mabelesss...mantopppp...
sedap di makan dgn roti atau nasi...

Sup Ekor Lembu Chef Wan (tukar Sup Daging)
Sumber; Blog Zaiy@Kenangan Terindah

Bahan-bahan:
125 ml / 1/2 cwn minyak sayuran - guna minyak masak biasa
500g ekor lembu, dibersihkan & dipotong2 (Tukar daging)
2 sb ketumbar tumbuk
1 sb jntan putih
1 sb jintan manis
1 1/2 sb puri tomato - letak 2 sb
1.5 l / 6 cwn air - air ditambah sbb tulang lambat empuk
1 btg karot - didadu
2 btg saderi - didadu-tak letak
1 biji kentang - didadu
garam, lada hitam yg baru dikisar
daun ketumbar - dihiris2-tak letak
bawang goreng

Rempah Tumis
4 bj buah pelaga
1 cm kulit kayu manis
6 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang

Dikisar Halus2:
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 btg serai, dihiris2
1 cm halia

Cara:
1. Panaskan minyak, tumis ekor lembu hingga perang sedikit. Angkat & tuskan.
2. Dlm minyak yg sama, masukkan rempah tumis & bahan kisar dan goreng hingga naik bau.
3. Tambah ketumbar, jintan putih dan jintan manis. kacau di atas api kecil selama 3-4 min hingga wangi. Campur tomato puri.
4. Masukkan ekor lembu, tambah air dan renihkan.
5. Tambah karot, ubi kentang dan saderi. Renihkan hingga ekor lembu empuk. Perasakan dgn garam & lada hitam.
6. Hias dgn daun ketumbar & bawang goreng sejurus sblum menghidang.

Catatan: Utk jimat masa, masak sup ni dgn dlm masa 25min dgn periuk tekanan. Tetapi airnya hendaklah dikurangkan menjadi 1l @ 4 cwn shj.***rebus guna periuk biasa dkt 2 jam baru masak.