Saturday, January 15, 2011
Apam Comel Inti kelapa
by:
Jasmeen HomeDelight
Bahan-bahan ( 15-20 biji )
3 biji telur-dari peti sejuk
275 gm tepung gandum/tpg kek
220 gm gula halus
150gm susu segar/UHT
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete
Inti Kelapa: (teman gantikan dgn inti kacang merah)
==kelapa parut
==gula merah
==1 sudu teh tpg jagung-dibancuh dgn 1 sudu besar air
==2 helai daun pandan-pintal
- Cara-cara Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk.
- Pukul dgn menggunakan mixer pada kelajuan maxima selama 6-8 min.
- bahagikan kepada beberapa mangkuk & titiskan pewarna mengikut citarasa.
- masukkan setiap warna ke dalam piping bag ( atau beg plastik yg bersih).
- Pipe kan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yg telah disusun didalam acuan.
masukkan inti kelapa
- Pipekan lagi adunan yg berlainan warna sehingga 3/4 penuh.
- Kukus didalam kukusan yg telah dipanaskan selama 10-15 min. (Pastikan penutup pengukus dibalut ngan kain)
Labels:
Kuih-muih
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment