Monday, February 14, 2011

SHEPHERD PIE


SHEPHERD PIE
Sumber: Speedial - dari fp Maklang & DapurImpian

Mashed Potato
8 biji kentang – rebus hingga empuk
4 sudu besar butter
2 biji telur – dipukul sedikit
100 ml susu segar
1 sudu kecil serbuk lada sulah
Sedikit tepung jagung (sebab adunan teman nmpk lembek)
Garam

Cara-Cara
1. Kentang direbus hingga empuk, angkat kemudian lenyek hingga hancur.
2. Panaskan butter, susu, garam, dan lada sulah, Biarkan sehingga butter cair & tutup api.
3. Masukkan adunan butter dan telur ke dalam adunan kentang lenyek. Kacau hingga sebati.

Bahan-bahan Inti
400 gm daging cincang
3 biji bawang besar – potong dadu
3 sudu besar serbuk kari
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar kicap
2 sudu besar tepung gandum
Garam
Minyak
Mix Vegetable
1 biji kuning telur – utk sapuan

Cara-cara
1. Panaskan minyak, masukkan bawang besar, goreng hingga layu.
2. Kemudian masukkan karot dan daging, goreng hingga daging masak
3. Masukkan mix vegetable, sos tomato dan kicap. Kacau rata, goreng hingga daging empuk.
4. Masukkan garam, kacau sebati.
5. Masukkan tepung gandum, kacau hingga sebati.
6. Tutup api dan ketepikan.

Penyediaan Shepherd's Pie
1. Sediakan bekas , masukkan kentang lenyek ratakan di bahagian dasar dan di tepi bekas.
2. Masukkan bahan2 inti dan ratakan.
3. Kemudian masukkan lebihan kentang lenyek di atas bahan2 inti tadi dan ratakan, tekan2 sedikit supaya melekat dgn inti.
4. Gariskan di atasnya menggunakan garfu dan sapu kuning telur di atasnya.
5. Bakar pada suhu 200'C selama 30-40 minit atau sehingga kekuningan

No comments:

Post a Comment