Tuesday, January 11, 2011

Beef Bun

Resepi Asas Roti
Sumber: Roshayati Johari Rnet

Bahan A
350 gram tepung roti/high protein flour
150 gram tepung halus/ tepung superfine
100 gram gula
1 sudu teh garam halus
30 gram susu tepung
1 sudu teh bread improver (optional)
1 sudu teh bread softener (optional) (mklang tak letak pun)
4 sudu teh yis kering
Gaul bahan di atas sebati

Bahan B
air
1 biji telur kecil (pukul sikit)
Campukan bahan di atas dan timbang supaya mendapat 265 gram (takder timbang main agak2 je)

Bahan C
40g butter
40g shortening
Boleh guna shortening atau butter sahaja.

Cara menyediakan roti
1. Masukkan Bahan B kedalam A dan uli sehingga adunan licin.
2. Masukkan Bahan C dalam adunan dan uli hingga adunan menjadi licin dan tak melekat ditangan dan bekas.
3. Perap doh selama 30 – 40 minit.
4. Tumbuk-tumbuk doh dan uli untuk keluarkan angina. Ini penting untuk menghasilkan roti yang tidak berongga besar didalam.
5. Bahagikan doh seberat 60 gram dan bulatkan doh. Rehatkan selama 10 minit
6- Masukkan inti kegemaran, sapu surface roti dgn kuning telur & bakar 1/2 jam
7- Selepas masak, keluarkan dr oven & sapu dgn butter

No comments:

Post a Comment