Saturday, January 29, 2011

Garlic Bread Snack



Garlic bread snack
Bahan :-
Beberapa keping roti sandwich (teman kalo buat trus sebuku...dpt bykkk)..

Garlic butter
5 sudu besar butter / margerin
4 ulas bawang putih (cincang halus)
sedikit serbuk lada putih
secubit garam
(semua bahan di atas, gaul sehingga sebati..)

Cara :-
1- Gelek roti smpai nipis & potong ikut suke..(sekeping tu teman potong 4
2- Sapu dgn garlic butter
3- Bakar dlm ketuhar selama 10 min..sehingga nampak garing & kekuningan...
4- Tunggu sejuk & bolehlah disimpan di dlm bahan kedap udara..

Almond London

BISKUT ALMONDS LONDON
Sumber Hanieliza

Bahan[/b]
250gm butter
160 gm gula
1 biji kuning telur
1 s/t vanilla
150 gm badam kisar ]
300gm tepung gandum ] gaulkan rata
60 gm yepung jagung ]

hiasan
paper cup
coklat putih
coklat cooking
manik hiasan

Cara
1. Gaulkan butter dan gula sehingga lembut.
2. Masukkan telur dan vanilla dan gaulkan lagi.
3. Masukkan badam dan tepung dan gaulkan lagi.
4. Buatkan sapeti bentuk buah kana kecil dan susunkan dalam loyang
5. Panaskan oven pada suhu 170'C selama 10 minit
6. Bakar dalam suhu selama 20 minit atau masak. Sejukkan dalam loyang.
7. Cairkan coklat cara double boiler dan celupkan biskut.
8. Masukkan biskut dalam paper cup. Biarkan beku.
9. Cairkan pula coklat putih secara double boiler dan masukkan dalam piping bag.
10. Pamkan/lorekkan coklat putih atas biskut yg telah di celupkan coklat tadi. Hiaslah mengikut suka hati.
11. Tunggu sampai biskut sejuk betui baru masukkan dalam bekas kedap udara
>>Adik yg tolong tabur manik coklat kaler2 tu..mula nak tabur almond nib, tgk dia dah angkut bekas manik tu..ikutkan jerr

Hazelnut Ball

BISKUT HAZELNUT BALLS
Sumber dr Hanieliza
Bahan
200 gm butter
50 gm shortening
160 gm gula
1 biji kuning telur
1 s/t vanilla
150 gm hazenut kisar ] < teman tukar serbuk badam
260 gm tepung gandum ] gaulkan rata
100 gm tepung jagung ]

hiasan
paper cup
coklat putih
manik hiasan

Cara
1. Gaulkan butter, shortening dan gula sehingga lembut.
2. Masukkan telur dan vanilla dan gaulkan lagi.
3. Masukkan badam dan tepung dan gaulkan lagi.
4. Buatkan sapeti bentuk bebola kecil dan susunkan dalam loyang
5. Panaskan oven pada suhu 170'C selama 10 minit
6. Bakar dalam suhu selama 20 minit atau masak. Sejukkan dalam loyang.
7. Cairkan coklat putih cara double boiler dan celupkan biskut.
8. Masukkan biskut dalam paper cup.
9. . Hiaslah mengikut suka hati.
10. Tunggu sampai biskut sejuk betui baru masukkan dalam bekas kedap udara

CREAM COKLAT PUTIH
Bahan
250 gm coklat putih
30 gm shoterning atau cocoa-butter

Cara1.Cairkan kedua-dua bahan dengan cara double boil sehingga semuanya cair.
2. Masukkan sedikit coklat putih dalam mangkuk kecil.
3. Celupkan biskut dan masukkan dalam paper-cup. Gunakan penyepit kecil

Marble Shortbread

Biskut Shortbread/Choco Batik (copy paste trus dr FP Maklang)
Sumber : Anis Adlina

Bahan (utk base biskut)
240g tepung gandum
100g gula kastor
80g serbuk badam
200g butter
90g susu tepung

Cara
1. Alas acuan pemotong 10x12 dengan kertas minyak (alas bhg basenya saje...)
2. Gaul kesemua bahan hingga sebati (adunan akan menjadi serbuk roti)...jgn kering nanti bkut berderai
3. Masukkan adunan ke dalam acuan. Tekan/canai adunan sehingga padat dan rata dlm acuan.Cucuk ngan garfu biar msk sekata
4. Tekan alat pemotong ke dalam adunan biskut dan bakar pada suhu 180 selama 12’.
5. Bila biskut masak, keluarkan alat pemotong dan biarkan sehingga biskut sejuk sebelum
dihias dengan coklat.

Bahan Hiasan
250g coklat masakan (boleh tambah jika suka banyak coklat)
200g coklat putih (kurangkan jika tak gemar corak sarat)
shortening (agak2 aje)

Cara
1. Cairkan coklat masak, kemudain tuang atas biskut yg telah disejukkan tadi.
2. Cairkan coklat putih, masukkan ke dalam beg piping dan lorekkan atas coklat masak.
3. Tarik coklat putih dengan lidi utk dijadikan corak batik.
4. Masukkan semula alat pemotong ked lm biskut dan sejukkan dlm fridge selama 10’ atau
sehingga coklat telah keras
5. Bila coklat dah beku, keluarkan alat pemotong dan pisahkan biskut sebelum menyimpan
biskut dlm bekas kedap udara.

Bisku Arab aka Crystall Ball


BISKUT ARAB aka CRISTALL BALL
(50-60 biji)
Sumber : Hanieliza FP..

Bahan
250 gm tepung gandum
125 gm gula halus
125 gm minyak sapi
pewarna..merah ..kuning dan hijau

Caranya:
1. Gaulkan semua bahan sehingga sebati.
2. Bahagikan adunan kepada 3 warna dan masukkan warna yg berlainan saperti merah, kuning dan hijau.
3. Bentukkan adunan saperi bebola dan cantumkan 3 warna saperti dalam gambar.
4. Masukkan dalam paper-cup dan bakar dalam 180'C selama 20-25 minit.
5. Bila dah sejuk taburkan gula halus.
5.Simpan dalam balang kedap udara

Swiss roll




KEK GULUNG/SWISS ROLL BATIK
Sumber : dr FP MakLang asal Apek
Loyang 12 x 12 inci - Dapar 2 Swissroll utk 1 adunan ini

Bahan-bahan
6 biji telur gred A @ B
4oz gula castor
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu bsr ovelet
3oz tepung gandum
1 sudu bsr susu tepung
4oz mentega cair
sedikit coklat emulco [serbuk koko]
Blueberry filling secukupnya

Caranya
1.Telur,gula,ovelet,baking powder,esen vanilla,tepung gandum dan susu tpg msk dlm bekas dan dipukul dgn kelajuan maksima sehingga gebu (5-7minit)
2.Adunan dah gebu akan jadi camni (sehingga warna bertukar putih)
3.Masukkan mentega cair,kemudian kacau rata ngan sudip kayu
4.Asingkan sedikit adunan tadi (skit je setakat nak buat line) ke dalam bekas lain,kemudian masukkan coklat emulco.Kacau rata kemudian masukkan adunan coklat ini ke dalam piping bag
5.Tuangkan adunan tadi ke dalam loyang kemudian ratakan permukaannya[/b]
6.Paipkan adunan coklat td di atas adunan yg diratakan dlm loyang
7.Lorekkan/corakkan dgn menggunakan lidi dari atas ke bawah
8.Bakar dlm oven selama 20 minit dgn suhu 170darjah celcius.
9.Apabila kek sudah masak dan sudah betui2 sejuk, terbalikkan ke atas sekeping kertas kemudian sapukan jem sehingga rata....tolong jgn sapu kuat2
10.Setelah jem disapu rata,gulung kek tadi perlahan2 sehingga kemas.

Bubur Candil

BUBUR CANDIL EMBAH AISHAH
Bahan2
1/2 peket tepung pulut
Air kapur
Air
Garam
(Gaul bahan di atas sehingga boleh diuli)

Gula Merah (nak kasik merah)
Gula Kabung
Sedikit air
Gula pasir (kalau x cukup manis)
Santan
Daun pandan

Cara2
- Jerang air panas, gentel2 tepung pulut (buat mcm guli) & masukkan dlm air panas..
- Bila dah timbul, angkat dan masukkan tepung td ke dlm air sejuk yg bersih..
- Buat smpi adunan habis..

- Masak semua gula dgn air sehingga hancur..
- Masukkan santan & daun pandan.
- Masukkan tepung yg siap direbus td (tepung sahaja yerr, ayo tu jgn ler masuk sekali )
- Kacau sehingga mendidih...
- Siap...