Monday, February 14, 2011

Tepung Pelita

Tepung Pelita by Yani@myresipi
Bahan-bahan ( 12 cups- bergantung pd saiz bekas )
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 sudu besar tepung beras(ratakan)
1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
sedikit kapur dan sedikit garam
Cara-cara
1- Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
2- Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
3- Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
3- Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
4- Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
5- Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
6- Sejukkan

Crunchy Popia Horlick

Crunchy popia horlick
Bahan :-
Sebungkus kulit popia
Minyak utk menggoreng
Gula castor
Horlick / Susu tepung / Milo (pilih mana suka...tp teman suka horlick)
Sebatang lidi utk menggulung
Sedikit tepung gandum + air (utk buat gam)

1- Gulung kulit popia menggunakan lidi & gam hujungnya dgn tepung..Buat sehingga habis.
2- Gunting popia yg tlh digulung secara menyerong..
3- Panaskan minyak menggunakan api perlahan & goreng sehingga berwarna keemasan..(selalu dikacau spya x hangus)
4- Toskan...& tabur gula + horlick...gaul rata..
5- Tunggu sejuk sblm disimpan dlm bekas kedap udara.

Semperit

SAMPERIT
Sumber : Hanieliza

Bahan
280 gm butter
130 gm gula kastor
270 gm tepung ros/tepung biskut
140 gm tepung jagung
manik warna warni kecil

Cara
1. Gaulkan butter dan gula sehinga sebati.
2. Masukkan tepung gandum dan jagung yg telah diayakkan sedikit demi sedikit.
3. Gunakan acuan samperit pamkan adunan ke dalam loyang sepanjang 2 inci.
4. Bakar dalam oven suhu 170'C selama 12 - 15 minit.

ALMOND COOKIES [BISKUT BADAM]

ALMOND COOKIES [BISKUT BADAM]
Sumber : hanieliza

Bahan
120gm butter
80 gm gula
1 biji kuning telur
1 s/t vanilla
60 gm badam kisar
180gm tepung gandum

badam flake
kuning telur untuk sapuan

Cara
1. Gaulkan butter dan gula sehingga lembut.
2. Masukkan telur dan vanilla dan gaulkan lagi.
3. Masukkan badam dan tepung gandum dan gaulkan lagi.
4. Canai dan ratakan adunan.
5. Tekan dengan sebarang acuan dan letakkan badam flake dan sapukan kuning telur atasnya.
6. bakar dalam suhu 180'C selama 15 minit atau masak.
7.Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara

Apam aka Muffin Pisang Coklat


Apam aka Muffin Pisang Coklat
Sumber : Kakliza (c&p trus dr FP Maklang)

Bahan A [Ayakkan]
2 cawan tepung gandum
2 s/b serbuk koko
1 s/k soda bikarbonat
1 s/k baking powder
Sedikir garam

Bahan B
1 cawan pisang emas/berangan lecek (teman guna 2 biji psg berangan
1 cawan minyak
11/2 cawan gula perang
2 biji telur [pukul sedikit ngan garfu] >> teman guna wisk

Cara
1. Ayakkan bahan A dan masukkan dalam mangkuk.
2. Masukkan bahan B dan kacau rata.
3. Masukkan dalam acuan kecil atau loyang.
4. Kukuskan selama 30 minit atau sehingga masak

Bubur Candil - part 2


resipi ada kt sebelah..yg ni x letak gula merah, just letak gula kabungjer sbb tu ler x bape nak merah...tp ttp mabelesss....

Red Ruby


Dah lama mengidam nak buat sendri..... asik tertangguh bertahun2...hahahha..
tp kalo mkn kt restoren jaring tu, makk aiii,...sedapnyerrr...sy buat sndri kurenggg sedap lerr..apa tah yg x kene...
heheh

Ni resipi belasahan saya...

4 biji sengkuang cina
sedikit tepung ubi
Pewarna merah

Sekotak santan
Gula
Beberapa ulas nangka

Ais

- Potong dadu sengkuang cina..rendam dgn pewarna merah yg dicampur dgn air selama 15min

- Masukkan tepung ubi dalam plastik, dan masukkan sengkuang cina yg telah berwarna merah.
Goncang2 plastik sehingga semua sengkuang diselaputi dgn tepung.

- Jerang air sehingga mendidih...Masukkan sengkuang td...jika sengkuang timbul, tanda sengkuang masak... bila masak, masukkan kedlm air sejuk.

- Selepas itu, Masak santan & sedikit air..campurkan gula.... ttup api & masukkan nangka & red ruby td.

- Hidangkan bersama ketulan ais.

(Jika suka, campurkan juga agar2 yg disagat nipis..)